Perbezaan Jemaah dan lantang suara suara anak muda.

image

Saya ingat lagi beberapa tahun lepas saya ditanya “Awak kenapa join IKRAM?” Pada waktu itu saya yang terlalu ‘hijau’ tidak punya apa apa jawapan. Takkan saya nak jawab:

“Oh, saya join IKRAM sebab Naqibah saya IKRAM. Kawan kawan yang rapat dengan saya semua IKRAM. Sebab tu saya join IKRAM. Dah benda baik, teruskan saja”

Ia pasti jawapan yang tidak matang. Maka saya diamkan sahaja. Saya masih tercari cari pada waktu itu. Bahkan pada majlis pelancaran pada tahun 2010 saya terpinga-pinga apabila melihat makcik disekeliling saya menangis tersedu-sedan sewaktu sesi bacaan doa. Kerana saya tidak tahu betapa peritnya mereka berjuang selama puluhan tahun. Apa yang saya tahu pada waktu saya merasa manisnya tarbiyah, manisnya waktu waktu itu  saya disantuni dan ditarbiyah oleh makcik naqibah saya. Melihat mereka berkorban masa dan berkorban untuk infaq. Menyantuni kami seperti anak-anak sendiri. Bahkan saya hampir terlupa saya ini anak sabah yang jauh bermusafir, kerana saya merasa sangat disantuni dan tidak kesunyian. Qudwah mereka amat berbekas di hati saya, semangat juang mereka yang berjuang melawan lelah, sehingga suatu hari saya bertekad saya bercita-cita mahu menjadi seperti mereka.

Tapi itu bukan poin utama kenapa saya menulis artikel ini. Saya bukan mahu bercerita tentang latar belakang jemaah-jemaah di Malaysia mahupun jemaah IKRAM. Kerana itu boleh dikaji oleh anda sendiri (Pastikan dari mereka yang berautoriti, ahli akademik dan kajian akademik yang sahih. Jangan cuma mengambilnya dari Internet semata. Internet penuh beremosi)

6 tahun saya direzekikan Allah di jalan tarbiyah ini. 6 tahun adalah usia mentah yang baru setahun jagung di jalan dakwah berbanding mereka yang sudah sedia lahir dalam keluarga dakwah, kakak abang, makcik pakcik yang sudah puluhan tahun berjuang. 6 tahun benak saya merintih tertanya tanya akan sesuatu.

Alhamdulillah, Allah seakan akan memahami persoalan dan tanda tanya di dalam kepala saya dan selepas saya berhijrah dari bumi saya kenali tarbiyah saya direzekikan melanjutkan pelajaran di dalam pengajian islam dakwah di negeri persisiran pantai. Sedikit demi sedikit saya bercampur baur dengan classmates yang datang dari pelbagai jemaah dan fikrah masing masing. Didampingi pensyarah pensyarah yang juga pelbagai fikrah dan membimbing tanpa berat sebelah faktanya, sedikit sebanyak menjawab kekeliruan yang bermain di kepala saya ini.

Dan saya masih mencari dan belajar.

(Terima kasih kepada cuti mid term sekarang ini akhirnya berpeluang juga saya menulis apa yang terpendam di hati)

KERISAUAN SAYA.

Apabila buka laman maya para aktivis dakwah dari pelbagai latarbelakang jemaah(tak semua aktivis, cuma segelintir) saya seakan akan masuk ke satu dunia yang bising, penuh dengan perdebatan tajam, sinis, dan pedas. Dan saya beralih masuk ke dunia instagram, saya seperti masuk ke dunia yang lain. Penuh dengan puisi puisi lembut Muslimah, berpelangi seakan ada di taman bunga yang sunyi dan hening. 2 suasana yang kontra. Dan kebanyakan suasana begini dimeriahkan oleh golongan muda. Sebaya saya.

Saya tahu perlunya daie itu kritis berhadapan dengan isu isu kritikal, dan dakwah itu caranya pelbagai. Tetapi, melalui akhlak yang bagaimanakah yang sebenarnya boleh diambil?

Adakah diperbolehkan sindir menyindir, sarkastik, sinis?

Seorang pensyarah yang begitu dekat dengan pelajar  menasihati:

“Anak anak muda, masa ini bukan masa untuk awak berbalah kutuk tokoh ini, kutuk tokoh tu, masa ini masa awak belajar! Kami berharap agar masa ini antum taksubkan ilmu dari taksubkan mana mana pihak”

Ikhwah akhawat yang dikasihi Allah,

Akhlak bagaimanakah sebenarnya yang dituntut apabila kita berhadapan dengan mereka yang tidak bersetuju dengan kita?

Kita mengikut gagasan pemikiran Al Banna, jika benar, bagaimana kah panduan Al Banna dan tokoh yang lain dalam hal sebegini?

Adakah ini cara yang diajar oleh jemaah jemaah kita? Cara yang bagaimana yang sebenarnya kita boleh ambil?

Saya terpanggil untuk berkongsi penulisan seorang syuyukh, Ustaz Hasanuddin, katanya:

“Maka dalam dunia perbezaan pendapat, tegaslah setegas-tegasnya tetapi keridhaan Allah SWT jua maksud kita, walau terpaksa berbeza”

Maka:

1. Jangan putuskan persaudaraan

2. Jangan sampai mengkafir atau membodohkan saudara kita

3. Jangan sampai tidak menghormati pandangan, paling tidak kena bersedia dan sabar untuk mendengar

4. Jangan memfitnah saudara kita walau kita tidak suka sikap, pandangan dan perbuatannya

5. Jangan menggelar mereka dengan gelaran yang mereka tidak senangi

Kekallah menghormati mereka di mana sahaja mereka berada.”

Akhlak yang Rahmah itu, bukan terhad hanya kepada cara kita menyantuni adik adik usrah kita dan mad’u mad’u kita yang lainnya. Akhlak Rahmah yang kita laungkan dan dakwah dakwah kan itu juga akan Allah uji sewaktu kita berhadapan dengan mereka yang tidak bersetuju dengan kita.

Jadi izinkan saya membawa kita semua bermuhasabah semula termasuk diri saya.

Adakah dengan menjerumuskan diri dalam perdebatan kritikal politik dan taadud jemaah dengan bahasa yang menyakitkan hati, sindir, sarkastik akan menjadikan kita lebih matang di jalan dakwah?

Adakah dengan menceburkan diri dengan  kemelut demikian akan membuatkan level pemahaman tarbiyah dan kredibiliti kita sebagai daie akan meningkat?

Percayalah, saya sendiri pernah tanpa sedar terlajak masuk ke dalam pergelutan yang sama. Orang muda, hamasahnya lantang, hikmahnya masih kurang.

Ikhwah akhawat yang disayangi Allah dan dipilih Allah membawa risalahNya, kita pasti tidak mahu kan jika legasi dakwah kita ini diwarisi dan digerakkan oleh para penyindir, para sarkastik, dan pencinta perdebatan? Takut takut masyarakat melihat kita segerombolan spesis manusia yang suka marah marah.

Apa pandangan ibu bapa kita, jiran sebelah rumah kita, maklong, adik adik binaan kita dan orang sekeliling kita? Kita diperhatikan. Jangan terkejut jika nanti ada adik adik binaan kita yang keliru. Samada mahu bergerak dakwah bersama sama jemaah, atau memilih terus berseorangan? Jangan salahkan adik adik. Mereka juga seperti span, seperti kita, seperti saya, yang tengah cuba menyerap segala sesuatu.

HAKIKAT JEMAAH JEMAAH KITA YANG SEBENARNYA:

Jika kita telusuri bagaimana setiap jemaah di Malaysia diwujudkan, sejarah dan latarbelakangnya kita akan menemui satu persamaan: Tujuannya sama. Dakwah ilallah (Ini tidak perlu dihurai, anda sedia tahu)

Fundamental kita tetap sama. Quran dan Sunnah.

Gerakan-gerakan Islam di Malaysia sangat rumit latarbelakangnya. Kemunculannya banyak dan pelbagai. Dan kebanyakkan darinya sinonim dengan kebangkitan pada tahun 60 an dan 70 an yang popular sebagai “Islamic Student Movement”. ABIM, PAS, IRC, HALUAN, IKRAM, ISMA dan lain lain yang anda pasti familiar muncul pada sekitar era ini dan tahun tahun mendatang kemudiannya. Pada waktu ini, makcik pakcik yang berjuang dalam keadaan ‘sakit’. Kelengkapan tidak cukup seperti apa yang kita (anak muda) ada dan nikmati sekarang. Zaman mereka adalah zaman memperjuangkan ‘Islam sebagai cara hidup’. Masyarakat berubah sedikit demi sedikit, dari kegiatan dakwahnya, cara berpakaiannya, peka makan halal haramnya. Zaman mereka adalah zaman anjakan paradigma awal.

Tetapi zaman kita agak rumit dan berbeza, zaman kita adalah zaman yang dipanggil sebagai ‘zaman problem solving’. Lubuk informasi berlambak lambak tidak terkawal sehingga terpaksa diteliti kesahihannya. Pendapat pendapat anak muda semakin kreatif dan kritis menuruti banyak sumber boleh dirujuk. Kadang boleh jadi sampai kita menjadi terlalu manja dan disuap. Ia perlu dikawal dan dikelola sebaiknya menuruti disiplin ilmu yang sebetulnya. Generasi kita adalah generasi yang menempuhi zaman bermain main dengan emosi media. Kita kecairan dengannya.

Pada satu wacana gerakan islam alam melayu yang disampaikan oleh Prof Dato Mohd Bakar beliau berkata:

“Adakah kita ini (dengan banyak jemaah yang ada) larut dengan rahmatan lil alameen tapi dalam masa yang sama masih tidak mampu membawanya?”

Tambahnya lagi,

“Jemaah jemaah yang ada harus meletak sasaran jangka jauh. Setiap sesuatu yang luar biasa adalah gabungan dari perkara perkara luar biasa. Beliau membawa analogi jemaah jemaah kini seperti aliran aliran air yang pelbagai. Aliran aliran kecil yang tujuannya sama. Kita ada prasarana yang cukup, ulama dan asatizah yang ramai, dan badan Islam yang banyak harus diikat bersama dan diarustalikan untuk membentuk satu aliran yang luarbiasa sistematik.”

“Tetapi dikhuatiri juga, seperti air, tanpa pengaliran sistematik ia berhenti di penghujung masing masing. Akhirnya kering dan mati. Walhal tujuannya sama.”

“Kita harus berfikir, bagaimana mahu menjadi satu tubuh badan yang bertindak tanpa terus retorik”

Juga Prof juga ada menyebut. “Hakikatnya jemaah jemaah Islam kini kita baru meronta ronta. Bertenggek pun belum lagi.”

Pedas. Tetapi apabila dimuhasabah, ia benar.

Saya bayangkan, kita baru berjalan atau bertatih, berlari belum lagi. Mencabar nya dunia kita selepas kehilangan khilafah, kita umat ibarat anak yang kehilangan bapa kita. Kita semua cuba bangkit dengan keupayaan masing-masing. Kita semua masih dhaif. Jadi jangan pernah rasa ujub dan merasa jemaah jemaah kita masing masing yang terhebat. Sedarlah hakikat bahawa kita ini dhaif.

Selalu disebut-sebut akhawat “Akhirnya jemaah jemaah di dunia ini akhirnya akan menjadi satu jemaah sahaja, tapi ia akan terjadi sewaktu Islam bangkit semula suatu hari nanti..”

Ya, saya masih merindui bilakah akan tiba masa itu. Adakah Allah akan izinkan kita melihatnya? Boleh jadi kita tidak berkesempatan melihatnya. Apa yang pasti. Kita harus terus bekerja.

Seorang pensyarah jabatan saya yang saya kagumi semangat dakwahnya juga ada berpesan:

“Masalah berbeza manhaj bukanlah sesuatu masalah yang perlu diperbesarkan, ada salafi, ada haraki, ada tabligh, ada mawlid, apa yang penting kita kena sentiasa ingat untuk mencari kesepakatan dalam hal hal yang boleh disepakati.

Jadi solusinya adalah… ikhlas itu menundukkan hati. IKHLAS. Jangan pernah merasa kita lebih baik dari yang lain. Lebihkan fokus kita dalam beramal. Bukan bertelagah.

Taadud jemaah ini, kita kena bersikap rasional, umat kita kini rencam, kita kena sedar dalam satu umat, kita adalah kumpulan kecil sahaja. Kita ini dhaif. Jadi raikanlah apa apa sumbangan yang boleh menyumbang pada daulah. Hormati perbezaan, jauhi ujub, dan sama sama kita bekerja”

SERUAN PADA RAKAN SEPERJUANGAN TERUTAMANYA ANAK MUDA SEBAYA SAYA WALAU DARI JEMAAH MANAPUN ANDA

Dengan mengenali kedhaifan kita dan jemaah jemaah yang banyak ini, dengan kesakitan umat yang semakin bernanah, kita harus sedar kita sudah tidak ada masa untuk terus bertelagah dan hidup setiap hari dengannya.

Cuba tanyakan pada pakcik makcik yang sudah puluhan tahun berjuang itu, mereka bakal dijemput Allah berehat selamanya dan meninggalkan legasi dakwah ini untuk kita. Mereka pasti tidak mahu kita menyambung nyambung dan memperbesarkan persengketaan zaman mereka yang berlalu. Percayalah, mereka pasti akan mahu tepuk bahu kita dan kata “Awak kerja terus kerja. Sambung kerja, jangan buang masa. Kerja kita masih banyak”

Jadi jangan lah kita teruskan akhlak sarkastik begini dan membuang tenaga kita yang masih tersisa. Menimba ilmu zaman muda pun sudah memenatkan kita, banyak lagi yang perlu dipelajari sebelum menginjak usia 30 an. Adakah kita punya masa untuk terus bertelagah? Serahkan sahaja pada mereka yang sudah cukup ilmunya dan kefaqihannya untuk menyelesaikan konflik-konflik dan krisis yang ada. Takut takut kita hanya akan memburukkan keadaan.

“Hargailah usia 20-an dengan memantapkan ilmu di dada sebelum berkhidmat tika 30-an menjelang. Banyak yang kita boleh selesaikan, jika masyarakat sibuk dengan ilmu, bukan dengan isu” -Ustaz Hasrizal Jamil

Jika kita terus terusan menghangatkan perbezaan yang ada, makin berjurang jurang lah kita. Walhal berselisihnya kita ini seperti berselisihnya adik beradik. Kita merujuk kepada Quran yang sama, Hadis yang sama, walaupun ada beberapa tempat tertentu yang berbeza dan mungkin ada yang boleh ditoleransi. Jangan lah kita sampai mengimani dan mengagamakan perbezaan yang ada. Cari lah tempat tempat yang boleh disepakati dan raikan tempat tempat itu.

Saya puji budaya akhawat ABIM yang saya kenali. Terus terang saya sendiri pernah pergi ke talk-talk mereka. Mereka sangat meraikan saya sebagai tetamu bila tahu saya satu satunya ahli IKRAM yang ada disitu. Kami selesa bercerita dan berkongsi bahan bahan pentarbiyahan. Kadang saya sendiri melihat catatan catatan daurah mereka. Begitu juga beberapa muslimat PAS yang saya kenali. Mereka tahu saya IKRAM, tapi kami tidak pernah kekok berkongsi bacaan bacaan ikhwanul muslimun dan bercerita. Bahkan rasa manisnya bila bertembung dimana mana selepas itu, bagi salam dari jauh. Rasa gembira bila sudah tahu seseorang itu juga mahukan apa yang kita mahu, kebangkitan Islam. Tidak ketinggalan juga akhawat PEMBINA, saya kagumi akhlak dan sifat lemah lembut mereka, rajin bertanya khabar, walau ada cerita pertembungan di pihak atasan itu bukan dijadikan alasan untuk tidak berkongsi ilmu dan sepakat dalam hal hal yang patut diraikan dan disepakati. Saya juga beberapa kali diajak untuk join sesi ta’lim tabligh. Tapi saya belum berkesempatan untuk ijlis bina numin saah bersama mereka. Saya turut menggalakkan adik lelaki saya join tabligh. Kerana saya merasa itu lebih sesuai dengan waqienya di Sabah.

Melalui dari sesi sesi berkenalan ini, kita akan lebih memahami rakan rakan kita di jemaah yang lain. Kepahitan apa mereka lalui? Kesakitan apa mereka rasai? Dahulu hanya mengenali ikhwah akhawat IKRAM sahaja, bila mengenali jemaah lain kita menyedari mereka juga turut diuji dengan pahit getir dan bersakit sakit juga seperti kita. Pokoknya, kita semua sedang bersakit sakit bersama sama.

Sudah namanya ADIK BERADIK kan, sama sama rasa sakit. Sama sama terluka. Sama sama kehilangan bapa. Sama sama rindukan KHILAFAH.

“Kamu orang muda, kamu belum tahu lagi asam garam kehidupan yang sebenarnya. Taktahu apa yang jadi di pihak atasan. Masa muda memang taknampak lagi cabaran dakwah sebenar”

Ya betul, sebab saya orang muda yang baru usia 6 tahun ini lah saya taknak terlibat dengan perbalahan yang ada sebab saya bukan ahlinya Hehehehehehehhehehe

Mungkin di zaman kita jadi pakcik makcik, lain pula betuk konfliknya. Zaman dan waqie’ sentiasa berubah. Cuma saya berharap, ia akan lebih membaik dari sebelumnya. Tapi apa yang pasti, di usia muda ini, bukan lah autoriti kita untuk menyambung krisis yang sedia ada. bukan zaman kita berdebat debat dan sakit hati sendiri sendiri. Zaman ini zaman kita belajar dan belajar! Kita masih menggali hikmah. Mohon tunjuk ajar. Kita masih cuba mengukuhkan akar, bagaimana mahu ke dahan yang kukuh kalau akarnya sahaja tidak cukup tumbesaran yang sihat. Dunia dakwah yang diingini pada masa depan kitalah yang akan mencorakkannya. Bersedialah.

KITA PERLU DISUSUN UNTUK MENJADI SATU BADAN. PERLAHAN TAPI PASTI.

Saya tidak lah layak menyeru nyeru dengan lantang menggunakan mikrofon  “Marilah kita semua bersatu kearah satu jemaaahhhhhhh!” Sambil mengibar ngibar bendera khilafah *dengan effect angin*

Siapalah saya. Lewlz. Final exam sem 4 pun belum lagi.

Tetapi benar nasihat Prof, kita perlu menjadi satu badan yang dicantum cantum agar terhasil gerak kerja kerja yang LUARBIASA! Ia perlu bermula dari sekarang.

Sekarang.

Jadi kita generasi muda cakna, perlu sentiasa mencari perkara perkara yang dapat disepakati. Agar satu hari nanti budaya ini membumi, individu individu muslim (baca: daie) yang faham dunia dakwah sihat yang diingini dan dicita citakan kita. Bukan membumikan budaya suka menjurang-jurangkan jurang yang sudah sedia ada. Jurang yang sepatutnya kecil menjadi besar -besar. Beringatlah, kita kini hidup di zaman bermain main dengan emosi media.

RAIKAN. RAIKAN. RAIKAN.

Proses belajar kita tidak akan pernah terhenti. Tidak cukup kita memahami perjuangan Islam dengan apa yang kita faham sahaja. Kita perlu memahaminya secara syumul. Perlu anak muda yang kuat dan faham memerlukan mereka melihat keseluruhan sebelum cabang. Sudahkah kita yakin bahawa kita sudah cukup mengenali jalan dakwah ini 100%  dengan berbekalkan apa yang kita faham selama 24 tahun usia kita hidup? Sediakah kita untuk sentiasa diisi dan ditegur? Jika mulut tidak berhenti bersuara mengambur amburkan prinsip keras yang kita pegang, bila lagi peluang untuk telinga kita mendengar?

Perlunya kita untuk memperbanyakkan konsep “lita’arafu” memahami jalan ini dengan kesyumulan, bukan dengan berbekal ‘kebanggan medan sendiri’ yang kita ada. Untuk belajar itu perlunya pendekatan kita yang kritis tapi bukan sinis. Menghormati disiplin ilmu. Kurangkan bercakap (baca: berdebat) banyakkan berfikir, banyakkan membaca, banyakkan mendekati syuyukh menggali hikmah, banyakkan muhasabah dan ‘litaarafu’. Sekali lagi, kita ini masih hijau. Bangga pada jemaah (alat) yang kita ada adalah satu sikap yang terpuji. Tetapi rasa izzah itu harus berasas dan berpada. Izzah yang berpandu kepada kajian yang mendalam dan istikharah. Bukan hanya kerana ikut ikutan.

Kita pasti tidak mahu kan menjadi tong yang besar, cantik, berkilat dan baru. Belum berkarat. Dari luar fizikalnya nampak gah, tapi isinya kosong. Dihentak hentak bingit bunyinya. Bahkan bunyinya pun lantang dan gah. Begitu lah anak muda, pengalamannya kurang, hikmahnya belum pekat sepekatnya, hammasahnya lantang. Kalau tidak dipandu dengan sebaiknya dikhuatiri ia akan terbabas. Oleh sebab itu selalu disebut sebut “Hammasah syabab, Hikmah syuyukh” kita perlu kombinasi ini. Kita masih perlukan nasihat yang berterusan. 

Tadi ada disebut tentang jemaah jemaah ini perlu disusun dalam susunan yang luar biasa. Aliran yang sistematik. Ini harapan dunia dakwah umat. Susunan luar biasa itu perlukan proses pembelajaran yang panjang dan luar biasa.

Jika dahulu dunia dakwah kita diuji dengan kedatangan penjajah. Terbuktilah dengan kesyahidan tok janggut dan pahlawan pahlawan islam alam melayu yang lain. Sekarang tidak begitu kawan, dakwah kita diuji dengan globalisasi. Hati hati lah akan kecairan ke dalamnya.

Kita sering mendengar nasihat naqibah kita “Antunna kena hormat jemaah lain. Jangan kutuk kutuk. Jaga akhlak”

Pasti ada sesuatu yang mereka mahu sampaikan lebih dari sekadar jangan ‘kutuk. Bagi kita orang muda, hormat hujah orang lain sahaja tidak cukup. Yang lebih baik adalah menjauhi perdebatan. Menjauhi. Bahkan asas dalam mempelajari hal hal khilaf adalah bukan menghormati hujah atau akhlak semasa berdebat. Asasnya itu adalah menjauhi perdebatan. MENJAUHI. Berbeza pendapat itu bukanlah masalah. Tetapi yang ditakuti adalah sikap. 

“Aku mempelajari adab selama tiga puluh tahun dan aku mempelajari ilmu selama dua puluh tahun dan adalah para ulama mempelajari adab kemudian barulah mempelajari ilmu“ -Ibnu Mubarak

Bukan lah maksud saya kita perlu menjauhi segala perbincangan yang kritis, tetapi kita perlu belajar hikmah dan caranya. Ini yang disebut sebagai ‘politik orang muda’. Saya berikan anologi, seorang daie muda yang berada di sebuah kampung yang semuanya melakukan bidaah. Daie yang hanya muda itu mesti perlu berfikir strategi yang terbaik bagaimakah untuk dia mendakwahi orang orang tua di kampung tersebut. Pastinya perlu yang berhikmah dan berstrategi bukan? Bukan terus tegur “Pakcik, Nabi tak ajar ni, ni semua bidaahh!”

Dan mereka yang tidak bersetuju dengan kita bukanlah penentang Allah dan Rasul, tetapi sahabat kita di jalan dakwah. Harus juga diteliti caranya.

JOM! Kita raikan perkara perkara yang bisa disepakati bersama.

Jadi Ummatic Centric bukan Jemaah Centric 🙂

P/S: Pandangan dari anak muda berusia 6 tahun di jalan dakwah yang rindukan dunia dakwah yang kita sama impikan. Maafkan segala salah silap saya. Doakan saya tidak berhenti belajar, terus tsabat dan berjiran dengan antum di syurga kelak. Allahumma ameen

Juga pendapat yang menarik dari ustaz Pahrol (Biar kepala berbeza asalkan hati sama)

–>> http://genta-rasa.com/2013/01/16/biar-kepala-berbeza-asalkan-hati-sama/

Advertisements

Pengalaman di hack dan berhubung dengan hackers.

Post ini mungkin bukan berbentuk tausiyah dan taujihat, mungkin terlari jauh dari tema asal blog. tapi oleh kerana tidak semua orang mengalami pengalaman ini, dan ada iktibar yang perlu diambil saya rasa penting lah juga kiranya saya berkongsi apa yang baru-baru ini terjadi kepada saya. moga diambil iktibarnya. Perlu saya menuliskannya disini secepat mungkin, sementara rasa dan memori itu masih basah.

Kalau perasan, di blog ni, entry sebelum entry ini berbaur pelik bukan? Dia meminta maaf kerana tersalah serang.

Begini ceritanya..

******************************************************************************************************

Malam itu saya bersama akhawat di Bait Rahmah. malam yang saya kira membahagiakan kerana dapat melepas tekanan bersama usrahmate sendiri, kerana keeseokannya mereka bercadang untuk membuat ISK untuk adik-adik mereka. Sedang riang ria itu, tiba-tiba saya mendapat sms dari gmail. Katanya, PASSWORD SAYA TELAH DIUBAH. Saya ingat lagi waktu itu, sekitar pukul 10 malam.

Wajah yang riang berubah sama sekali. Berdebar, risau, semua ada.

Tetapi oleh kerana saya di luar kampus dan tiada sambungan internet saya cuba tenangkan diri saya dan menyelesaikan dulu agenda yang perlu. Alhamdulillah program berjalan dengan jayanya dan sebaik sahaja touchdown kampus saya terus memeriksa gmail.

SEMUA LAMAN TIDAK DAPAT SAYA BUKA!

1

*siapa tak berdebar bila tengok macam ni T.T

Saya benar-benar takut pada masa itu, saya cuba fikir dan amati jika ada benda-benda penting berkaitan bank atau borang-borang yang berisiko. Alhamdulillah tiada. Kemudian….argh! Ada satu itu, yang sangat peribadi yang saya hantarkan kepada seorang makcik beberapa minggu lepas. Semua perkara sedetailnya ada disitu. Semua tentang saya. Dan ya, saya kembali gelabah.

Saya post di instagram gambar-gambar saya di hack ini, kemudian ada ukhti yang baik hati menawarkan solusi untuk saya merampas gmail saya semula. Dan Alhamdulillah, setelah berperang setengah jam, saya berjaya mendapatkan gmail saya semula!

(Nota penting: Adalah sangat-sangat penting untuk anda mengisi security yang diminta oleh pihak gmail, contohnya nombor telefon yang gmail minta dan sebagainya. Jangan abaikan yang itu. Itulah penyelamat anda bila berhadapan dengan situasi seperti ini)

Kemudian ukhti itu bertanya:

“Kak, akak ada update blog kelmarin? Cuba akak buka blog tu, Ada orang update something dan minta maaf kepada ‘tuan punya blog'”

Kemudian saya buka blog saya tertera lah entry yang ditulis oleh hackers itu tadi

“assalamualaikum…

saya minta maaf kepada tuan punya blog…

juga kepada semua pembacanya…

saya tersalah serang… saya fikir beliau hanya seorang yang berpura – pura,,

namun setelah saya membaca pengisiannya di blog ini dan laman facebooknya…

baru saya sedari…

rupanya beliau benar2 seorang muslimah solehah…

jika tuan punya blog baca ni send email ke email blog awak ni.

kita berhubung di sana.

maafkan saya – :'(“

Like a boss kerana telah memenangi gmail saya, saya yang meminta hackers itu menghubungi saya semula. Tersalah serang? Minta maaf? Begitu banyak persoalan menerjah fikiran saya. Aneh sungguh hackers ni. Dalam hati saya ada sedikit lega, tapi masih ada sedikit ragu-ragu.

2

Sebaik sahaja dia menerima komen saya, hackers itu terus menghubungi saya di gmail.

3

*That sounds creepy. a lot.

4

*Bila dapat email, semua boleh dapat. See? pentingnya security email utama anda.

5

*Terus berdebar bila dia cakap ni. Laa.. student fakulti kontemporari islam juga. Lega sikit bila dapat tahu dia masih seorang student, bukan penjenayah dari Dubai lol.

Alhamdulillah dalam sekumpulan kumpulan hackers itu, ada seorang yang Allah lembutkan hati dan menggesa rakannya mengembalikan semua laman sosial saya semula. Katanya, mereka selalu buat kerja ni. Ceritanya lagi, mangsa mereka selalunya perempuan sekitar kampus.

“Kalau Fatin tahu dunia laman sosial ni macamana, fatin akan terkejut” Tambahnya lagi.

Pelajar perempuan yang mesej lucah dengan lelaki, keluar dating di luar kampus dan buat perkara yang tidak elok itu yang mereka maksudkan, mereka hack main-main dan kemudian mereka berikan nasihat. Saya kira mereka begitu banyak masa lapang dan rajin mengeksplor dunia hacking ni.

Saya dapat bayangkan menjadi pelajar perempuan yang terkena tu, aib tersimpan, terdedah semua, di tangan student sekampus.

Malu kan, aktiviti maksiat kita orang lain tahu? Mungkin hackers itu classmate kita, yang bekerja bepersatuan dengan kita, siapa tahu? Sungguh, rasa sangat malu.

Tapi, wahai diri, bila aib sudah terbuka depan manusia, kita malu semalu-malunya. Tapi jangan lupa. Allah, malaikat, semua tahu benda-benda online ni. Yang lebih dahulu tahu sebelum hackers tahu. Dan aib-aib maksiat itu lah yang dipaparkan nanti di hadapan kita di padang masyar kelak.

6

7

Atas sebab ini, mungkin encik hackers yang juga mengambil jurusan pengajian Islam dilembutkan hati oleh Allah dan kesian kepada saya. Tiada alasan untuk mereka terus menyimpan data-data saya. Saya tiada buayafriend dan tiada masa untuk itu semua. Saya mangsa yang tertindas. Puas juga saya ceramah hackers tu dan melepas segala keluh kesah saya. Saya kata saya kecewa dan penat. Sebab saya baru balik dan perlukan rehat, malam itu saya bersengkang mata sekali lagi.

Encik hackers itu meminta saya berehat dahulu, dia akan reset kembali semuanya. Tetapi saya berdegil juga untuk menanti sampai semua password itu kembali ke tangan saya. Penat macamanapun saya tahu saya tidak akan dapat tidur dengan lena bila ini terjadi.

Yeah, kita berjuang ini malam!

Dan akhirnya dia mengembalikan satu persatu password laman sosial saya dan meminta maaf.

Pelik dan ajaib kan pengalaman saya ni. Alhamdulillah Allah masih mahu membantu saya.

9

(Nota penting: Kata encik hackers perempuan selalu kena sebab LEMAH IT. see? Akhawat, lepas ni kena semangat belajar IT!)
10

11

(Nota Penting: Password jangan letak yang mudah-mudah. Buat panjang-panjang gabungkan huruf dan abjad, leceh tidak mengapa, janji selamat. Bila kena macam saya barulah sedar akan kepentingan password yang strong) 

Ada beberapa perkara yang kita dapat ambil pengajaran:

Hackers berjaya menceroboh facebook saya dan mengintai-ngintai aib saya, Allahuakbar, Allah itu bersifat Al Satir iaitu Yang Maha Melindungi. Allah tutup aib saya. Allah izinkan hackers menceroboh laman facebook saya yang sekarang. Bayangkan jika hackers itu hack facebook saya sewaktu saya masih di zaman nakal, zaman yang ingin ber couple seperti remaja lain. Zaman yang bagi saya chatting berkenalan dengan lelaki di laman maya itu perkara biasa. Zaman sewaktu belum tahu bahawa menumpahkan kasih sayang sesama akhawat di jalan Allah itu lebih manis daripada menagih kasih sayang lelaki yang tidak diiktiraf Allah.

Tanpa berpasangan dengan yang haram sebenarnya lebih membuat kita tenang, kerana kita gantungkan harapan kita pada Allah, bukan pada yang lain, dan kita yakin dengan itu, Allah akan mengatur selebihnya. Siapa lagi yang lebih berkuasa selain Allah?

No worries.

Kepada encik hackers dan rakan-rakannya. Kemahiran yang Allah kurniakan kepada kita akan disoal kelak. Bagaimana kita menggunakan kemahiran itu. Samada untuk kebaikan atau sebaliknya. Kerana apa? Yang mengizinkan kita menghadam dan memahirkan diri dengan ilmu hacking itu adalah ALLAH juga. Allah memerhati anda semua, apa yang telah diperbuat, dan Allah berikan ujian. Ilmu hacking, boleh jadi rezeki, boleh jadi ujian. Seperti Qarun yang diizinkan Allah memiliki kekayaan yang tersangat hebat di bumi, namun atas kufurnya dia terhadap Allah, dia dibinasakan dengan harta-hartanya sekali. Akhirnya yang tertinggal kawan, cuma antara kita dengan Allah. One to one. 

Di tangan kalian, terletaknya UJIAN yang sangat besar, dan akan disoal di akhirat kelak bagaimana kalian menggunakannya. Malaikat mencatat, Allah melihat, secara teliti tanpa ada tertinggal satu pun.

Dan akhir sekali pesanan Encik Hackers:

12

kurangkan berselpie k.

Memang sentap pesanannya ni, dan saya terfikir berkali-kali dimana saya bubuh selfie saya. Dan saya cek kembali facebook, ya, saya ada sent beberapa keping selfie saya di inbox FB lagi satu. Ouh sungguh malu!

Walau apapun terima kasih kerana tergerak hati untuk membela saya.

Jadi akhawat, bila di dunia laman sosial, bayangkan sahaja kita seperti di tempat awam. Di pasar, di kelas dan sebagainya. Laman sosial adalah dunia yang tidak selamat. Sungguh!

InsyaAllah, moga selepas ini kita lebih beringat.

Moga kita lebih teliti dan tingkatkan sekuriti. Jadi kalau nak tahu sendiri macamana nak elakkan diri dari di hack

Boleh google sendiri dan kaji sendiri. Sebab saya dah lenguh menaip ni.

Jagalah Allah, Allah akan menjagamu.

Fii Hifzillah!

😀

maafkan saya…

assalamualaikum…

saya minta maaf kepada tuan punya blog…

juga kepada semua pembacanya…

saya tersalah serang… saya fikir beliau hanya seorang yang berpura – pura,,

namun setelah saya membaca pengisiannya di blog ini dan laman facebooknya…

baru saya sedari…

rupanya beliau benar2 seorang muslimah solehah…

jika tuan punya blog baca ni send email ke email blog awak ni.

kita berhubung di sana.

maafkan saya – 😥

22, Tarbiyah, Kematangan.

“Pada usia 22, Hassan Al Banna sudah menubuhkan Ikhwanul Muslimun..” Saya tersentak dihadapan skrin Samsung membaca artikel blog ini. Eh? 22? Esok aku 22 la!

Mengamati usia saya yang secara rasminya bertukar menjadi 22 pada hari ini, 17 Julai 2014. Saya teringat bai’ah diri saya sejak saya berumur 18. Saya bercita-cita mahu menjadi insan yang matang.

Saya teringin sangat menjadi orang yang matang.

Matang memang bersifat subjektif. Matang fizikal,matang fikiran, matang usia. Dan matang yang selalu saya bayangkan itu cara perlakuan yang berkarisma, berpakaian matang dan segak. Matang adalah pendiam. Begitu.

Kemudian saya google apa definisi matang didalam Islam dan akhirnya saya mendarat di quote ini. Paling ringkas dan mendalam saya rasa. Cukup untuk menghuraikan segalanya.

“Matang ini adalah apabila seseorang itu mampu mengaitkan kehidupannya dengan akhirat”-Hilal Asyraf

Akhirat, kejayaan apa lagi yang lebih besar dari kejayaan  di Akhirat? Disana kita bergraduasi. Disana puncak tertinggi pengadilan diri kita. Disana lah garisan penamat setelah semua yang kita kerjakan di dunia.

Disana pengadilan dan keputusan muktamad bagi segala-galanya. Sanalah GOAL tertinggi.

“Your age doesn’t define your maturity, your grades don’t define your intellect, and rumors don’t define who you are.”

Saya mempunyai 2 orang kenalan. Seorang berumur 29 dan seorang lagi berumur 20. Bezanya 9 tahun. Saya melihat sahabat saya berumur 20 ini berperwatakan lebih matang dari yang satu lagi. Caranya menguruskan kehidupan seharian dan pengurusan masa, caranya berinteraksi, cara berbahasa, cara melontarkan pandangan, cara penulisannya, caranya menimba ilmu, cita-citanya, pelan hidupnya. Serba serbi.

Saya melihat dan membandingkan sendiri bagaimana jasad berumur 20 berperwatakan seperti kakak berumur 25. Dan bagaimana kakak berumur 29 berperwatakan seperti 18 tahun.

Jadi atas cemburu yang menyihatkan ini, saya perhatikan cara hidupnya dan cara dia menguruskan kehidupan seharian. Saya perhatikan dan buat analisa sebergaya Edogawa Conan. Mengapa semuda itu dia menjadi sosok yang hebat dan tsiqah di mata saya. Akhirnya saya sampai ke satu kesimpulan dan solusi.

TARBIYAH: IA BENAR-BENAR MEMATANGKAN KITA.

Benar, kerana orang yang ditarbiyah, dia ada visi dan misi hidup yang jelas.

Dia jelas akan pendetailan ‘jobscope’ sebagai Abid dan Khalifah.

Dia bersungguh-sungguh memecut ke Akhirat tanpa bertangguh.

Dia menguruskan hidup dengan menggunakan guideline yang terbaik sepanjang zaman, terbaik melebihi dunia dan seisinya(Baca: Quran dan Sunnah)

Dia bercita-cita tidak terhad hanya di dunia, cita-citanya lebih jauh ke hadapan. Lebih terarah,lebih besar!

Berpandangan jauh, visi hidupnya jelas, tindakannya jua jelas dan bermatlamat.

Ada ramai lagi contoh pemuda Islam yang matang dan popular antaranya Hassan Al-Banna, Khalid Al-Walid, Usamah Bin Zaid. Mari saya bawakan satu contoh ikon anak muda matang kegemaran saya.

Sultan Muhammad Al-Fateh seperti yang kita tahu dia menawan Konstantinopel pada usianya 21 tahun. Dialah yang disebut Rasulullah sebagai sebaik-sebaik raja dan tenteranya sebaik-baik tentera. Ya itu kita semua sudah sedia maklum.

Tetapi sebelum dia berjaya menawan kota itu, dia memulakannya dengan usaha yang sangat keras dan perancangan yang besar. Cita-cita itu tertanam pada dirinya sejak dirinya masih kecil! Dari usianya masih kecil dia sudah dimotivasikan oleh ayahnya Sultan Murad untuk menjadi raja yang disebut Rasulullah itu.

Bahkan dalam usianya belasan tahun dia sudah PAKAR dalam bidang ketenteraan, sains, matematik dan menguasai enam bahasa termasuk bahasa musuh. (Turki, Greek, Hebrew, Arab, Parsi, Latin)

“Urusan pembukaan Konstantinopel membakar keinginan yang kuat dalam diri Al-Fateh. Beliau menyibukkan diri dari pagi sampai ke malam hari dan kadangkala mengharamkan dirinya daripada tidur. Sultan Muhammad Al-Fateh memikirkan segenap kaedah dan cara yang munasabah melalui perbincangan dengan panglima-panglima perang Uthmaniah..” -Ahmad Mukhtar

Lihat agenda kehidupan sehariannya. Dia tidak bermain-main,tidak bertangguh hanya kerana usianya masih muda. Lihat, inilah sosok pemuda yang dipuji Rasulullah sebaik-baik raja. Jika benar umur yang menjadi ukuran, Empayar Uthmaniah yang gah itu tidak akan memilih seorang Muhammad Bin Murad untuk mengetuai ratusan ribu tentera hanya kerana faktor usianya masih muda.

Ini Khalifah yang jelas tujuan hidupnya.ALLAH TUJUAN HIDUPNYA.

“Pffftt itu zaman dahulu kala la Kak Jihad. Realistik lah sikit, sekarang zaman moden penuh godaan. Memang ramai yang susah nak matang..”

Pernah dengar kisah Ashabul Kahfi kan? Mereka ini pemuda yang mewah hidupnya. Kiri kanan depan belakang godaan dunia bertimpa-timpa tetapi Tauhid tetap menjadi pilihan mereka.Mengasingkan diri di dalam gua tertidur berabad lamanya. Akhirnya Allah pilih kisah mereka diabadikan dalam Quran.

Pernah dengar kisah Musab bin Umair kan? Dia juga pemuda yang mewah menghadapi ujian digilai para wanita Mekah. Sehingga diceritakan aroma minyak wanginya pun sudah dikenali wanita-wanita disana. Dia meninggalkan semua kemewahan itu untuk sama berjuang di jalan dakwah bersama Rasulullah.

Kita sudah maklum contoh contoh yang dihadirkan Allah ini. Tapi mengaplikasikannya dalam hidup kita tersangatlah berat bagi kita.

Zaman lain-lain. Ujian masih sama. Usaha keras lain-lain. Yang tidak matang itu wahai pemuda pemudi Islam, kita yang memilih. Sobs..*tutup muka nanges

“Kita adalah ummat yang dimuliakan kerana Islam, jika kita memilih selain Islam, Allah akan menghina kita..”- Umar Al Khattab.

Memang susah nak jadi matang..jika umur 22 siang malam kita hanya beragendakan pakwe/makwe/crush kita. Siang malam difikiran kita. Ubah relationship FB berkali-kali kapel cerai kapel cerai pastu cari lagi lain. Stalk last seen whatsapp setiap 10 minit takut jika si dia curang menjadi agenda harian hidup kita.

Tanpa sedar ia menjadi karier hidup kita.

Memang susah nak jadi matang..jika umur 22 kita masih menggilai artis K-Pop yang langsung tidak mengenali kita dan tidak tahu pun yang kita tengah fanatik padanya. Kumpul lagu download, cari lagi yang baru. Update sentiasa. Berlomba-lomba.

Tanpa sedar ia menjadi karier hidup kita.

Memang susah nak jadi matang..jika umur 22 kita masih kemaruk hidup di dunia DOTA. Berjuang dengan tokoh2 perang game yang dicipta teknologi. Marah maki carut. Kita hidup di dunia yang dicipta mereka.

Tanpa sedar ia menjadi karier hidup kita..dan kita bertanya pada diri..”KENAPA AKU NI TAK MATANG-MATANG EA?”

Sahabat, Mari kita renungi kata-kata Sayyid Qutb ini:

“Aku telah hidup di bawah bayangan Al-Quran dan di sana aku melihat jahiliyah berkecamuk di muka bumi ini
Dan aku melihat minat dan cita-cita penduduk-penduduk dunia ini amat kecil dan kerdil,
Aku melihat pemuja-pemuja jahiliyah itu berbangga-bangga dengan ilmu pengetahuan yang ada pada mereka,
Iaitu ilmu pengetahuan kanak-kanak,
Kefahaman dan pemikiran kanak-kanak,
Minat dan cita-cita kanak-kanak
Sama seperti seorang tua kepada mainan kanak-kanak,
Percubaan kanak-kanak dan keteloran lidah kanak-kanak.
Aku merasa kaget dan hairan kenapa manusia jadi begini?
Mengapa mereka jatuh ke dalam lumpur yang kotor dan penuh penyakit ini?
Mengapa mereka tidak mendengar seruan Allah Yang Maha Tinggi dan Maha Besar
Iaitu seruan yang dapat meluhur, memberkati dan membersihkan usia seseorang?
(petikan daripada muqaddimah tafsir fi zilal quran)

Hanya seruan dari Al-Quran inilah dapat MEMBERSIHKAN USIA kita.

Saya ibaratkan kita ini seperti peserta-peserta yang menyertai pertandingan lumba lari. Peserta lain sudah berlari memecut kegarisan penamat memburu kejayaan, kita pula berhenti seketika hanya kerana ingin menikmati keindahan bunga tahi ayam di tepi jalan. Alangkah ruginya! Sedangkan di garisan penamat sudah tersedia bunga Ros malahan bunga Rafflesia!

Moga kita terus berlari, mahupun merangkak sekalipun kerana kita sudah tidak mahu menjadi lebihan dunia. Kita lah yang mahu memakmurkan dunia ini dengan Islam!

Kita tidak mahu menjadi singa berani yang telah ditipu teruk oleh tenuk katanya “wei brader,kau tu hanyalah seekor kijang.” Kita telah kekeliruan identiti.

Kita tidak mahu menjadi pemuda yang tunduk dibawah dunia. Kita mahu menjadi menjadi pemuda yang dibawah telunjuk kita lah merayunya dunia.

“InsyaAllah Kak Jihad, saya sudah mengikuti Usrah. Saya mengikuti sistem tarbiyah jemaah ni. Saya selamat!”

Saya pun dulu menyangkakan bila saya sudah bertudung labuh dan saya berusrah saya sudah terhijrah dan selamat. Ternyata saya silap.

Hakikatnya, DALAM HIJRAH MASIH ADA HIJRAH. Dan sepanjang kehidupan kita ini kita akan sentiasa berhijrah. Sentiasa belajar. Hijrah kita hanya akan kuat bila kita benar-benar terikat dengan Tauhid. Terikat dengan ketat. Erat.

Kita benar-benar terikat dengan Tauhid sehingga kemuncaknya Allah memanggil kita pulang setelah kita sudah jauh melangkah. Ini KPI hijrah kita.

Hijrah kita terbukti di kemuncak bukan hanya kerana tudung labuh kita, kita diusrahkan, kita berjemaah. Itu hanya alatan untuk kita menuju kepada Taqwa. Tarbiyah Dzatiyah kita juga diambil kira. Sewaktu kita berseorangan.

Begini, satu group usrah punya 7 ahli. Naqibah yang sama, bahan yang sama, tadabbur ayat yang sama. Waktu usrah yang sama, tempoh yang sama.

Tetapi sebaik sahaja kita keluar dari sesi bulatan usrah itu dan menjalani kehidupan seharian kita. Ia bertukar menjadi..

Usaha lain-lain, disiplin lain-lain, aplikasi lain-lain, usaha untuk istiqamah lain-lain. Jadi semuanya bergantung kepada usaha diri kita sendiri.

Usrah bukanlah segala-galanya. Adalah sangat menyukarkan tarbiyah diri kita jika kita hanya bergantung 100% pada naqibah kita. Bergantung kepada sesi usrah yang ada. Hakikatnya usrah berjalan pada sesi sejam dua, disana kita berkongsi segala teori dan semangat. Praktikalnya berlangsung 24 jam sehinggalah kita bertemu pada sesi usrah yang akan datang. Jadi ertinya tiap tiap hari kita berusrah.

Bersemangatlah untuk mengaut bahan tarbiyah diri lebih daripada apa yang diberikan oleh Naqibah kita.

Ada yang sambil memasak sambil mendengar ceramah Nouman Ali Khan
Ada yang sambil menunggu bas sambil tilawah dan tadabbur Quran
Ada yang diamanahkan Naqibah membaca satu buku fikrah ditambah pula mutarabbi dengan 3 buku fikrah yang lain
Ada yang joggingnya bersama lagu Shoutul Harokah dan Izzatul Islam

Memanfaatkan masa untuk tarbiyah dan dakwah sepenuhnya.

Insan insan begini memanfaatkan masanya sama seperti Sultan Muhammad Al Fateh memaksimakan penggunaan masanya. Semuanya beragendakan pembinaan diri dan pembinaan ummah. Tiada punya masa untuk bermain-main.

Jadi tidak hairanlah bila kita berkongsi naqibah yang sama, bahan sama usrah yang sama tetapi bila kita bertemu kembali result pula lain-lain. Ada yang lebih kedepan dari kita dan kita dapat merasakan kematangannya jauh lebih menyerlah dari kita. Semuanya bergantung kepada tarbiyah dzatiyah masing masing.

Hubungan kita dengan Allah. Sejauh mana keterikatan kita kePadaNya. Ini lah penanda aras utama. Tanpa keberadaan Naqibah, tanpa ada akhawat disisi. Walau tanpa manusia menilai.

Tauhid akhirnya menjadi KPI utama. Hubungan kita dengan Allah. Atas keterikatan inilah, Allah akan membersihkan usia kita, bererti..bertambahlah aras kematangan kita dalam melihat dunia ini. Bertambah kematangan kita dalam usaha tarbiyah diri.

Saya terkesan dengan kata-kata wardina “Anda bukan hanya apa yang anda makan. Anda adalah apa yang anda makan, baca, dengar, lihat..”

Saya setuju with olmaiheart. Sekeliling kita mempengaruhi siapa diri kita. Rakan-rakan kita, apa yang menjadi bahan bacaan kita, tontonan kita, muzik bagaimana yang menjadi hiburan kita, apa yang disuap ke dalam badan kita yang akhirnya akan menjadi darah daging kita.

Kita boleh berhibur dngan hedonisme. Kita daie boleh seronok berhibur tanpa rasa risau. Tapi saya boleh ibaratkan hedonisme ini seperti ROKOK dan BADAN. Rokok, ramai perokok merasakan sepuntung rokok hanyalah remeh untuk asapnya keluar masuk dalam badan. Rokok itu saya boleh ibaratkan seperti hedonism.

Kita punya jasad dan ruh yang sudah berbai’ah mahu ditarbiyah. Jasad kita suci, bersih dan sihat. Tapi sayangnya tiba-tiba ia mahu disuakan rokok. Dan kita berkata:

“Ala takpe..sikit sikit je hisap..” Tapi kerana sikap ‘sikit-sikit’ inilah yang lama kelamaan akan membinasakan jasad kita.

Begitulah ruginya kita jika masih bergelumang dengan karat-karat jahiliyah. Kerana karat jahiliyah ini akan membantutkan proses kematangan kita. Membantutkan proses kita mengejar akhirat secara TOTAL.

Dan bila kita mahu tahu apakah dia resipi rahsia menuju kematangan. Bahan apakah yang digunakan? Adunan bagaimanakah?

Saya rasa ini sudah tidak menjadi rahsia lagi. Kita tahu darimana sosok ini datang, bahan motivasi apa yang digunakan. Al-Fateh, Khalid Al walid, Hassan AlBanna.

Mereka ini imej imej yang dibentuk melalui QURAN! Mereka inilah sungai-sungai yang mengalir daripada Quran.

“Dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi ” (Al Baqarah :30)

Jika Quran telah memotivasikan mereka kenapa bukan kita? Bukan kah Allah telah memberikan kita bahan yang sama?

Jadi jangan putus asa ya! Angkat wajahmu, tersenyum kucenglah dengan penuh harapan.

Jadi mulai hari ini saya tidak mahu hanya kelihatan matang,
Saya mahu menghidupkan hidup dengan goal akhirat. Doakan saya ya sahabat.

Happy Birthday!

PenOff
3:39 AM
Sahur terus,
Imsak kat Sabah before pukul 5.

Perasaan kita, berstandard tinggi.

image

‘Ukhti, ana mencintai ukhti..” perlahan suaranya, matanya berkaca

“Maaf, ana tidak percaya..” jawab ukhti itu bersahaja

“Kenapa?”

“Selain sanadnya tidak menurut Rasulullah, Penuturnya juga tidak mutawatir, tiada perantaraan sahabat, cuma enta sahaja. Oleh itu, cinta enta tarafnya dhaif..”

“T___T”

********************************************************************

Jadilah realistik. Ini bukan filem Islamik 7 petala cinta.

Jika anda menghormati nilai muslimah ukhti yang anda ingin sunting menjadi pendamping, anda akan terus meminta orang tengah yang anda tsiqah atau terus berjumpa walinya.

Tiada penangguhan berjanji 2 tahun akan datang baru hendak berjumpa walinya, tiada bibit-bibit menjerat hati satu sama lain, tiada adegan “kau bakal zaujahku yang akan melahirkan zuriatku..”

Kerana anda tahu dan anda sangat memuliakan standard ukhti yang ingin anda sunting ini. Perasaan yang cantik itu Allah simpan untuk suaminya, bukan untuk kamu. Dan anda tahu, belum ada ketentuan dari Allah andalah pemiliknya. 

Anda tahu bahawa anda akhi yang ditarbiyah. Anda menjaga standard anda.

Dan akhawat yang benar tinggi standardnya, dia menguruskan urusan baitul Muslimnya mengikut tinggi standardnya itu. No coupling session for her.

Urusan Baitul Muslim bukan urusan main-main. 

Dan buat pasangan yang sudah dipersetujui kedua belah pihak ibu bapa (semestinya yang bukan tunang main2 ataupun guna istilah jatuh hukum jadi tunang orang tanpa sengaja video ustaz Azhar Idrus tu tapi sebenarnya tengah cari tiket bercouple hehe) 

Yang sudah ke tahap keseriusan hubungan ingin berkahwin beserta cadangan tarikh walimah dan sokongan keluarga, saya mendoakan, moga Allah permudahkan urusan antum. Tahu dalam hati itu bergoncang betapa strugglingnya antum menahan gejolak hati, Moga Allah mudahkan, moga. Ameen,.

“Cara untuk belajar menjadi isteri terbaik hanyalah melalui SUAMI. Cara terbaik menjadi suami terbaik hanyalah melalui ISTERI, TIDAK BISA MELALUI PACARAN.Pacaran hanya mengajar bagaimana menjadi pacar terbaik, BUKAN suami atau isteri terbaik..” -Ustaz Didik Purwodarsono, Buku Saatnya untuk Menikah.

Ukhti, jangan berhenti belajar.

image

Ukhti, aku tahu kau sangat penat belajar,
Matamu yang lesu, rehatmu yang dikorban
Kadang liqamu hingga ke lewat malam
Bacaan mu yang berat buat akalmu kadang tercabar dan penat
Sikap ingin tahumu buat kau tidak senang duduk
Duitmu yang seharusnya menggantikan bajumu yang hampir lusuh kau korban untuk membeli kitab-kitab,
Masa senggangmu yang sepatutnya diisi dengan rehat yang mendamaikan kau ganti dengan membaca bait bait itu.
Lembaran demi lembaran, huruf demi huruf

Ukhti, jangan pernah berhenti belajar, mencuba untuk menjadi gadis yang diperhatikan dan disayangi Tuhan.

Kerana bakal anak-anak kita layak menuntut madrasah yang terisi dengan ilmu, bukan retorika dan angan angan

Ukhti jangan berhenti belajar.

DnT dan Buku.

image

Pilihan2 hati dari kinokuniya semalam, benarlah nasihat seorang senior, sebelum masuk kedai buku dan semasa mencari buku, banyak2 lah zikir dan doa. Mohon Allah berikan kita buku yg bermakna bagi kita dan memberi kesan yg besar buat tarbiyah kita.

(Baru praktik semalam, and MasyaAllah! Semua buku yang direkomen teman2 seperjuangan dan diimpikan sejak dari dulu semua jumpa! Alhamdulillah)

Kenapa? Orang anggap remeh kerja memilih buku. Padahal pada waktu itu, kita hakikatnya tengah memilih ‘spouse’ yang bakal mengubah cara hidup kita. Cara kita berfikir, prinsip kita, mengubah cara kita beramal.

You are what you read.

Berhati-hatilah dengan kuasa buku, kerana ia punya kuasa untuk mengubah diri anda.

Mohon supaya Allah pandu langkah kaki anda, mata yang melilau tengah memilih, dan tangan yang berkuasa untuk memilikinya.

Daie yang berinformasi, lebih mudah mempengaruhi masyarakat. Luaskan bacaan2 kita, jangan hanya tertakluk kepada buku fikrah dan agama semata.

Moga ia ada kuasa dan anjakan paradigma yang bermanfaat untuk ummah. kita bukan hanya mahu beraksi di sebalik pagar-pagar masjid, atau bilik2 seminar utk daurah semata. Kita mahu masuk ke dalam masyarakat secara menyeluruh.

Ayahanda kita, Hassan Albanna kata, kita harus mengusahakan perpustakaan sendiri, walau sekecil manapun saiznya.

Ingat lagi bila terbaca, karakter beliau yg hebat itu sendiri sebenarnya banyak terbentuk dari perpustakaan milik ayahnya. Ayah Hassan Albanna memiliki perpustakaan sendiri, dan sentiasa menghidupkan budaya Iqra di dalam keluarganya dan menjadi hobi dan passion hassan Albanna sewaktu kecil hingga remaja untuk menelaah buku bersama abangnya di perpustakaan ayahnya.

Sampaikan hampir ke akhir hayat Hassan Albanna sendiri, dia sempat mewariskan beberapa buah buku kepada anak-anaknya, di dalam buku-buku itu, terdapat mesej2 penting yang cuba disampaikan oleh Hassan Albanna kepada anak-anaknya. Seperti wasiat like that.

Para ikhwan sendiri sangat bersaing dan ghairah dalam membaca buku. Mereka ada target2 buku dan tempoh target untuk dikhatam. Sangat ghairah untuk berkongsi sesama apa yang mereka baca. Mereka akan cemburu jika ada yang selesai mengkhatam sesuatu buku serta memulakan buku lain, dan lebih kedepan berbanding mereka dalam membaca.

Tak hairan la most of them dapat menghasilkan karya yang gempak2. Karya yang mempunyai ruh yang owsem mowsem. Cinta mereka pada ilmu dan tarbiyah, subhanallah!

Dan since kenal DnT, saya sebenarnya baru mula membudayakan iqra dalam hidup saya. Mula jatuh cinta pd buku since kenal DnT secara serius. Sekarang masih dalam proses mengumpul dan memilih yang terbaik jadi peneman hidup dan aset keluarga.

Mujur Allah hadirkan qudwah2 depan mata, kalau tidak, boleh jadi saya masih malas.

Dan benar, buku2, memang mampu mengubah karakter kita, mempengaruhi kelancaran lisan kita, hamasah kita, momentum ibadah kita,cara kita berfikir dan bertindak serta tidak lupa, how we treat people.

Kerana kita boleh berkongsi seluasnya apa yang kita punya.

Buku memang mengasah kematangan anda.

Buku memperhalusi karakter dalaman anda.

Ilmu dan tarbiyah I mean.

Saya cemburu melihat akhawat seperjuangan saya sudah lama mengumpul banyak buku di rak mereka, siap ada catatan nota yang diselit, tarikh2 khatam di hujung buku, dan bila mereka meminjamkan buku itu pada akhawat lain, akhawat itu akan tinggalkan pula mutiara hikmah dan tausiyah di belakang buku. Ohmai, ini sangat sweet diabetis tahap potong kaki.

Dan sememamgnya, akhawat2 yang saya kenali ini bukan calang2 karakter mereka. Mereka lebih banyak berfikir dari berkata yang sia-sia. Dan jika mereka berkata-kata, ucapan mereka deep dan berisi.

Benarlah, daie yg kurang membaca ibarat tin kosong, jika diketuk bunyinya sangat lantang dan bingit, tetapi isinya tiada.

Daie yang banyak membaca pula ibarat tin yg penuh dengan isi jika diketuk hanya sedikit berbunyi. Tapi jika digeledah isinya MasyaAllah, mampu memberikan manfaat yang besar buat orang lain.

Itu yang kita mahukan, ucapan-ucapan kita sebagai pembawa risalah ini: Basah dan Berisi

Hoyeh!

Budaya ini sangat perlu diraikan, dan saya perlu mencontohi mereka. Qudwah-qudwah yang Allah hadirkan di depan mata. Doakan saya yang baru bermula. Semangat yok semangat!

Ikhwah akhawat yang disayangi Allah,

Rekomen kat saya buku-buku yang berguna buat pembentukan diri saya, boleh kan?

Moga ia menjadi amal yg menghidupkan buat kita, ayuh IQRA!

*sniffing books*