Ikhwah akhawat, Have Faith!

image

Airmata saya tidak berhenti mengalir membaca ini.Tidak pernah terbayang di mata saya sebegini akan terjadi

Benarlah, jika Allah menghendaki, Kun Fayakun, jadilah ia.

Beliau bukanlah seorang pengkhatam buku-buku fikrah atau bermustawa 04-05.

Beliau non-ikhwah.Yang baru dilamar tarbiyah pada umurnya separuh abad.

Tetapi,saya melihat semangatnya yang tinggi, keikhlasannya yang tulus,dan cita-citanya yang luhur

Beliaulah penguat langkah saya di jalan dakwah ini.

Bersyukur, Qalb ini, cantuman cinta dari dirinya dan mama.

Harapannya yang sentiasa subur berkata kepada saya “masih belum terlambat..”

Yang sentiasa menguatkan langkah saya dan berkata “Dila, jangan berhenti! Keep moving forward!..”

Yang memegang bahu saya dan berbisik “Dila, semua keluarga berhak masuk syurga kan?”

Ya Rabb! Sungguh aku cinta lelaki ini!

P/S: Moga jadi kekuatan kamu ikhwah akhawat fillah yang sealiran dgn saya, jangan pernah berhenti berharap.

Terus melangkah dan melangkah lagi!

Have faith!

Desa Melawati, 13/3/2014

Advertisements

Cerita: Ini usrah saya. Senyum.

Tika ini sebenarnya saya sangat tertekan. Minggu yang tertekan dan menekan buat saya.

I need ESCAPE.

Menanti jumaat malam untuk kami berbulatan cinta rasanya terlalu lama.

Saya perlu melepas rindu.

Saya perlu menulis. Bismillah..

 *********************************************************************************************************************************************************

Di dalam halaqah cinta. Quran itu kami tutup.

Naqibah saya berhamdalah. Perasaan saya ketika itu, serius saya mahu menangis. Tapi saya tahan. Keharuan.

Mana tidak, sudah 4 bulan tidak berusrah. Habis je diploma dan mukhayyam sebulan di dalam hutan, saya terus kembali ke pangkuan keluarga. Kembali ke Sabah. Ke pangkuan ibu ayah, merasa masakan ibu.

Saya juga telah dihubungi oleh ustaz saya disana, sejemaah dengan saya, usrah saya InsyaAllah di UMS. Cumanya,130 km dari rumah saya. Jadi, sekali je saya dapat pergi. Sobs.

But now, Alhamdulillah setelah kembali ke semenanjung semula, saya kembali berusrah! Woohhaaaa

Naqibah yang seorang ini akhawat Hulu Langat, berkerja di Petronas, bersama saya ada beberapa orang kakak-kakak pekerja hospital An-Nur.  Saya sangat selesa bersama mereka, walaupun saya paling bongsu, saya dapat merasa ikatan ukhwah yang kuat antara mereka, kami masih sama-sama hampir baya, jadi saya bebas berkongsi apa yang saya mahu.  

Dan guess what, kami cuma sempat bersama selama dua bulan. Tetapi dua bulan ini sangat membahagiakan saya.

Sampai suatu hari, saya mendapat tawaran bekerja di sebuah sekolah rendah agama di Kuala Lumpur. Dan saya menerimanya, kerana sering berulang alik dari KL ke Bangi dan balik lewat malam. Ayah saya menasihati saya agar berpindah juga.

Saya takkan pernah lupa sentuhan yang basah dari seorang akhawat bernama Asma. Bayangkan, anda tengah kehausan, dan datang seorang berwajah manis, menghulurkan anda minuman, membelai anda, dan menyapu luka-luka anda (luka pulak dah)

Anda rasa terharu dan gembira bukan? Ini yang saya rasa.

Hari itu saya whatsapp naqibah saya, kak asma, yang saya perlu berpindah, dan dia memberi kata-kata dorongan buat saya. A sweet sayonara :’)

Dan jeng.. jeng.. bermulalah kehidupan baru saya di bumi Kuala Lumpur.

Oh ya, ada satu lagi misi penting.. Cari USRAH!

 *******************************************************************************************************************************************************************

Alhamdulillah,

Hari ketiga saya bertugas sebagai seorang guru.

Petang itu saya berjalan kaki balik ke rumah sewa baru saya. Sebuah flat murah di tengah kota. Kawasannya ideal bagi saya seorang bujangan. Jiran-jiran yang sentiasa bertegur sapa, surau yang hidup, dan meriah dengan larian kanak-kanak setiap petang.

Sampai di rumah saya di SMS oleh seorang anon.

“Assalamualaikum, ini ukhti jihad kan?” (nama tipu.privasi hehe.Peace)

“Waalaikumsalam, InsyaAllah ya saya orangnya, kenapa ya?”

“Ana bakal naqibah enti InsyaAllah,ada yang bagi nama enti kat ana,malam esok InsyaAllah kita ada usrah, di rumah ukhti Intan. Ukhti free esok untuk datang dan taaruf?”

Alhamdulillah! Rama-rama di dalam perut saya keriangan dan jerit yeayyyyyy. Mahu sahaja saya melompat kegirangan, tapi please, oleh kerana saya ini matang, saya tak lah buat macam tu. Betulkan baju, taip..taip..taip…

“InsyaAllah kak, akak ni siapa nama ya? J

“Kak Salmiah InsyaAllah, tapi boleh panggil Kak Sal”

Dan itulah, detik-detik saya dilamar usrah yang sekarang ini, mengharukan bukan? Nah tisu.

Malam itu saya sangat teruja menanti kelibat akhawat yang menjemput saya. Saya pakai cantik-cantik dan berwangi-wangian malam itu. SMS naqibah baru saya (yang masih misteri) meminta saya menunggu di hadapan pejabat IKRAM ******* ****

Tiba-tiba ada satu kereta kancil berhenti dan melambai saya. Seorang kakak comel orangnya bertanya kepada saya..

“Ini jihad kan?” tanyanya senyum manis.

Saya angguk ya. Then dia mempelawa saya masuk. Saya ingat itulah naqibah saya. Wah, wah, comel orangnya. Then seorang makcik, akhawat juga bersuara disebelahnya bertanyakan khabar saya. Ceria suaranya.

Tiba-tiba dia memberitahu, bahawa dialah (makcik itu) naqibah saya. Dan yang lagi mengejutkan, dia sebaya dengan ayah saya. Saya ingatkan dia ibu kepada kakak yang drive tu.

Itu kejutan pertama.

Bermacam-macam perkara berlegar di kepala saya sewaktu di dalam kereta tu. Beza umur saya dengan naqibah saya ini 30 tahun. Oh ya, kakak yang drive tu tengok macam 21, tapi sebenarnya dah 30 lebih. Nampak awet muda betul.

Bagaimana saya nak adapt dengan naqibah saya ini? Bagaimana saya nak curhat? Berkongsi cerita dan mendengar lawak saya yang hambar? Melayan karenah saya yang suka melawak dan pakat-pakat ekstrem? 

Saya mula naik segan. Duh, kena control ni. Jangan gedik sangat.

Sampai sahaja saya kerumah ukhti Intan, saya disambut dengan dua orang anak kecil yang cantik. Ouh, ukhti Intan rupanya sudah berkahwin juga.

Expectation saya, saya mungkin akan diserap di bawah usrah IPT yang ahlinya baya-baya saya. Umur 22, 21, 20,23 begitu. You know, that usrah team yang boleh gelak dan bergila sama-sama, dialek dan cara bercakap yg sama. Yang selalu mengomel pasal study, assignment yg banyak, program kampus yang dalam perancangan,yang punya masa yang banyak untuk bersama-sama bermalam,have time together minum2 wechat, pillow talk.

Mungkin expectation saya terlalu ideal. Dan saya sebenarnya belum cukup masak di jalan D&T ne untuk menerima sebarang kemungkinan-kemungkinan yang mempengaruhi gerak langkah saya di jalan ini. saya akui, saya sangat ‘hijau’.

Setelah bersalam-salaman kami berbulatan, Or should I say bermejaan? Kami berpetakan, di meja makan. Dan taaruf, saya diminta memulakannya dulu. Muka mereka menanti teruja.

“Bismillah, nama saya jihad, kerja sebagai guru di bla..bla..bla.., umur 21..”

21?? Spontan terkeluar pertanyaan itu, dan mereka semua ketawa kecil. Saya tidak dapat membaca simbolik di sebalik tawa mereka sampailah giliran mereka pula yang taaruf, setiap dari mereka bersuara membuat saya melopong dan muka saya disebalik niqab itu ibarat tertelan tin sardin… why? Here it is:

 

Kak S, 30, Doktor

Kak F, 30, Doktor

Kak Sy, 25, Engineer

Kak H, 33, Pelukis Pelan

Kak I, 40, Aktivis bebas

Kak A, 25, Engineer

Makcik H, 70, Bekas guru, suri rumah.

Saya menyapu muka saya yang berpeluh. Fuh fuh. Ini teguran daripada Allah, bahawa saya, sudah tidak punya ruang untuk main-main. Ini jauh daripada apa yang dibayang-bayangkan dalam imaginasi saya yang berpelangi dan riang ria menaiki unicorn. Ini bukan unicorn comel, bulu mata lentik, berekor pelangi yang memeltingkan ne. Ini buraq!

Semakin banyak persoalan-persoalan menujah benak fikiran saya. Terus terang, awal pertemuan itu sangat mengejutkan saya. Saya takut usrah saya kali ini tidak serasi dengan saya, tidak sejiwa. Saya masih mentah, muda, kepala gila-gila pula tu. Mereka pula dewasa, matang.Dari segi akademik pun jauh dari mereka, cara memberi idea dan berpendapat pun mesti lah akan banyak kejanggalan kerana perbezaan umur yang super duper ketara.  Macamana saya nak adapt dengan usrah baru ni? T_____________T

“Jihad, buka lah niqab..jemput minum teh tu..”

Lembut suara naqibah saya menegur. Naqibah saya ini pula sudah berumur 50 lebih tahun, dahulu bekerja sebagai engineer dan sekarang ini dia menjadi pelajar semula di sebuah university tempatan. Naqibah saya ini sangat mencintai bahasa Quran.

Malam itu saya banyak berdiam dan tersengih bila perlu. Sangat segan rasanya, tambahan pula mereka kerap kali speaking BI, termasuk makcik H umur 70 tu, English dia pun fluent. Lagi segan saya dibuatnya, Fuh fuh, tera lah makcik! Saya? Saya diam je. Kang salah grammar. T.T *peluh besar*

Kak Sy di sebelah saya mula menegur, mungkin melihat saya sedikit janggal. Dia mula membuka cerita bahawa bekas naqibah saya dulu, kak asma, merupakan one of kawan yang dia rapat. Dari sana, saya mula selesa dan ceria, kami pun bercerita dengan rancak.

Dan kakak-kakak yang lain mula menyampuk, meraikan saya. Dan lama kelamaan saya semakin selesa. Mereka semua berperwatakan ceria, meraikan, dan pandai memancing keterujaan saya.

Malam itu saya balik ke rumah, bercampur-aduk perasaan saya. Terkejut, gembira, gemuruh ,sedih pun ada.

Saya takut saya tidak boleh get along bersama mereka ini.

Saya bakal berkongsi separuh dari jiwa saya bersama mereka.

Saya bakal berkongsi seribu satu kedhaifan saya bersama mereka.

Saya bakal membina diri, melakar cita-cita bersama mereka.

Saya bakal..saya bakal..saya bakal……….repeating.

Dan malam itu sebelum tidur saya merenung diri saya. Barangkali, sudah sampai masanya, saya keluar dari zon selesa, dan berusaha lebih gigih lagi.

Barangkali, saya selama ini hanya mengharapkan usrah yang riang gumbira sweet potong kaki.

Barangkali dahulu apa yang PALING saya harapkan dari usrah ini hanyalah semata-mata ukhwah yang basah, dan keceriaan gelak tawa di dalam bulatan.

Apa yang saya harapkan adalah kehadiran akhawat2 manis gula sebaya yang biasa membuatkan hidup saya berpelangi.

Saya yang terlupa, usrah itu kerja membina. Usrah itu keluarga, yang bekerja keras mengislah diri dan manusia. Bukan hanya sekelompok akhawat yang young and sweet berbulatan dan mengkhatam buku bersama. Curhat pasal BM, pasal ukhwah and so on.

Sepatutnya, tiada ghayah lain yang saya patut tagih dari usrah ini melainkan satu.

MARDHATILLAH.

Kata nak mardhatillah, kenapa perlu memilih dan berkira?

Dan untuk sentapkan diri saya balik, mungkin ini yang Allah didikkan, Hey jihad! TAJDID!

Pap! Allah bagi Usrah yang begini, Unexpected sungguh.

Saya beri peluang kepada diri saya sendiri, saya belum kenal mereka ini. Baru berjumpa sekali kan?

Dan setiap minggu saya lalui penuh pengertian, cuba menghadam takdir yang Allah beri buat saya. Dan anda tahu? Saya beroleh bahasa cinta, dari cara yang berbeza. Setiap hari saya jatuh cinta pada mereka ini.

Instead of akhawat yang biasa berwangi-wangian datang ke usrah dan memeluk saya, menghidu bau wangian mereka itu buat saya tenang. Usrah saya yang ini, saya melihat mereka datang usrah dalam keadaan masih berpeluh balik dari tempat kerja, muka lesu kepenatan dan tidak sempat lunch, memeluk saya. Dan bertanya khabar saya.

Bagi saya, itu bahasa cinta cara mereka. Kenapa? Mereka tahu ada yang sudi menanti mereka disini, di meja ini, mahu membina cinta bersama-sama. Mereka menanti antara satu sama lain dengan teruja. Meskipun masing2 bergelut dengan kesibukan yang luar biasa, Tapi oleh kerana mereka tahu, malam ini keluarga kami akan berkumpul mahu membina taqwa, mereka usahakan jua datang dengan perut yang lapar dan mata yang mengantuk.

Bagi saya itu cinta.

Walaupun tidak terucap di lisan mereka “Saya happy awak semua datang..” tapi, kami semua dapat merasakannya. Dengan muka sama-sama teruja menyelak buku, dan berdiskusi, bertanya khabar masing-masing.

Seorang veteran berusia hamper seabad memasak untuk kami, walaupun dia terpaksa menjaga juga cucunya, dengan tenaga tua yang dia ada, dia masakkan yang terbaik buat kami, menanti kami di luar pagar rumahnya, di bawah lampu neon dan cengkerik, untuk pergi berusrah sama.

 Bagi saya itu cinta.

Seorang kakak yang mencuri masa lunch nya di pejabat dan hospital untuk mengulangkaji dan membaca, dan menggeledah pakcik google untuk membentangkan ilmu yang dimanfaatkan bersama pada malam ini. Bergelut dengan kesibukan, tetapi dia tahu, ada cinta yang perlu ditebarkan malam ini. Dia perlu berjuang mencuri masa. 

Bagi saya itu cinta.

Sehabis usrah, ada di antara kami yang meluah berat yang ada di dada, mengharungi kesibukan hidup, meminta sokongan dan taujihat untuk terus mengharungi hidup ini dan terus kekal kuat dan tsabat. Ada unsur kepercayaan yang tinggi yang saya lihat di situ, dari luahan mereka, kepercayaan yang diberi, bahu untuk mereka bersandar dan berlapang seketika.

Kepercayaan itu salah satu bahasa cinta. Bagi saya itu cinta J

Satu hari dalam perjalanan balik ke rumah seusai usrah, di dalam kereta sewaktu kami Cuma berdua. Kak F bersuara kepada saya.

“Jihad perasan tak, jarak umur ahli usrah kita ni jauh-jauh, kita ni boleh dikatakan team yang unik..”

Saya tersenyum mengiyakan penyataannya itu. Tak dinafikan, kenyataan itu buat saya lama berfikir. Saya ingatkan saya seorang sahaja yang beranggapan yang sama.

Lama kelamaan  saya belajar dan menerima, jarak umur yang jauh ini bukan lah penghalang ukhwah kami. Bahkan ia menjadi wasilah kepada ukhwah kami bertambah rapat dan erat. Dalam usrah ini kami ada ibu, ada opah, ada kakak, ada si bongsu.

Its interesting bila kami mula berkongsi berkaitan kerjaya, zaman bujang mereka dahulu, pengalaman travel mereka ke negara2 orang, dimana di negara Non Muslim kita boleh bertemu nilai Islam yang banyak.

Naqibah saya pernah bercerita dahulu, dia melihat majikannya dulu yang berbangsa barat a.k.a Omputih akan mengikis serpihan-serpihan di sudu dan garfunya, Bossnya itu akan memastikan tiada satu pun sisa makanan yang tertinggal di pinggan dan sudunya. Setiap makanan baginya berhak mendapat penghargaan.

Bagaimana budaya mereka di sana, pekerja yang datang awal akan park kereta jauh-jauh dari bangunan tempat ia bekerja, kerana memberi peluang pekerja yang datang lambat park kereta paling dekat dengan bangunan tempat bekerja agar yang lambat itu dapat mengejar masa. Kalau kita di Malaysia ni berbeza pulak, first come first serve.

Kak I pula yang merupakan seorang aktivis kerap bercerita kepada kami pengalamannya mendekati mereka-mereka yang baru memeluk islam mahupun belum. Pengalaman masuk ke temple, church, dan berdialog dan berdakwah di sana. Dialah yang membentangkan kepada kami sisilah nabi-nabi,why they come, sejarah-sejarah mereka yang menarik,Kak I membuat saya bersemangat, bahawa ilmu aqidah itu sangat penting! Itu kekuatan kita as a Muslim.

Makcik H pula sebagai seorang guru banyak memberi nasihat yang berguna untuk kami, dia juga selalu menceritakan pengalamannya menjadi pendidik pada zaman 70-an dahulu, bagaimana guru dahulu sangat dimuliakan dan diangkat layaknya seperti seorang selebriti. Berbeza dengan zaman sekarang, antara nasihat yang paling terkesan daripada makcik H, banyakkanlah membaca sewaktu usia masih muda, bila dah tua kita aka nada banyak limitasi, penglihatan, dan tenaga. Otak yang banyak membaca sewaktu muda, akan lebih berfungsi lincah sewaktu tua. Dan serius, makcik H sangat humble, masih cintakan buku, fluent English, dan bila dia mengaji, saya hamper tertidur, merdu sangat taranumnya. Buat melting.

Saya juga merasa senang dan bebas berkongsi berkenaan diri saya sewaktu sekolah dan kolej, walaupun umur setahun jagung, sedikit sebanyak membuat mereka terimbau usia muda mereka dahulu. Beza orang muda dulu dan sekarang. Its quite interesting.

Dan mereka selalu guide saya, jika pilihan saya begitu salah atau benar, dan jika saya memberi pendapat dan refleksi diri mereka tidak pernah meremehkan pendapat-pendapat saya walaupun saya jauh lebih muda. Mereka bersungguh mencatatnya jua, walau sesimple-simple perkara. Dan menambah dan respon kepada semua pendapat-pendapat saya dengan baik.

Dan lama kelamaan saya tersedar, saya masih boleh menjadi diri sendiri. Khilaf sebagai seorang adek, kakak2 selalu setia membetulkan. Ini azimat buat saya.

Semua nasihat-nasihat mereka saya hadam baik-baik. Kerana saya tahu, suatu hari nanti saya akan berkerjaya secara serius, selepas degree ni InsyaAllah. Saya akan berkahwin, mempunyai anak-anak dan mengharungi jalan DnT yang berliku ini dengan semua kesibukan yang mereka kini rasai.

Hamparan cerita yang kisah yang mereka bentangkan dan kongsikan satu persatu buat saya lebih rasa, saya perlu bersedia. Sudah tidak punya masa mahu main-main.

Mereka kerap juga menasihati saya, di depan saya ada jalan yang berliku, penuh ranjau dan onak duri, sediakan shield dari sekarang, tarbiyah adalah kuncinya. Jangan pernah gugur, tanpa tarbiyah ini, we are nothing.

“Strongkan diri jihad! Sooner or later, U need to face it!..”

Saya rasa ini yang Allah didikkan buat saya, belajar lebih bersedia. Buat saya merasa yang usia muda saya sangat berharga!

Naqibah saya orang yang sangat simple dalam berbicara, apa2 sahaja yang dia kata mesti bertemakan –Back to Basic- Sentiasa dia ulang..ulang..dan ulang…

“Apa yang kita buat, kita kena sediakan jawapan pada setiap perbuatan kita di akhirat.. walau macamanapun, akhirnya kita akan back to basic, permulaan, niat kita, dan asbab kita buat semua ni..Untuk semua benda,sediakan jawapan di akhirat nanti..”

Dan ini nilai yang paling kuat saya belajar dari naqibah saya. Sedikit sebanyak ia banyak mengubah hidup dan cara saya.

Dan secara indirect menegur hati saya, back to basic, niat awal saya kenapa join usrah, dan menegur sikap saya di hari pertama saya kenal group usrah yang bernama Mujtahidatun ni. Pandangan saya yang beranggapan saya tidak akan serasi bersama mereka.

Its more than berpelangi. Usrah adalah CINTA.

“DEAR JIHAD, kenapa anda join usrah?

Adakah kerana ukhwah yang basah dan ceria dengan teman girang gumbira yang sebaya?

Adakah kerana anda ingin berdamping disekeliling akhawat yang manis-manis?

Adakah kerana anda rasa anda kena ada team usrah sebab orang ditarbiyah, kawan-kawan anda join usrah?

Adakah kerana anda hanya ingin dijaga,dibelai oleh akhawat yang manis semanis gula?

DEAR JIHAD, jangan pernah lupa baiah awal kau menerima lamaran cik hidayah.

Kau join usrah hanya semata-mata mardhatillah. Angkat asbab itu yang teratas sekali!

 ******************************************************************************************************************************************************************

“Jihad..sign kehadiran ni disini..” Naqibah saya menghulurkan buku kehadiran untuk ditandatangan.

Saya ketawa kecil melihat, ada nama saya disitu yang bertulis “Jihad Comel..”

Yang lepas memang lah saya yang sengaja tulis nama saya jihad comel tu, menggedik saja-saja. Sebab semua kakak-kakak tulis nama full. Tapi yang kali ni, naqibah saya sendiri yang menulis nama saya. ‘Jihad Comel’.  Copy yang sebelumnya.

Kertas buku kehadiran itu sedikit bercorak, sebab dulu tertumpah air teh. Ini saya juga punya kerja. Bertuah betul. Saya dah ruined buku kehadiran usrah! :O

Naqibah saya tersenyum melihat saya membelek-belek buku itu, perasan saya tengah meneliti kesan teh di buku hasil tangan saya yang marhaen ini. sambil tersengih dia berkata kepada saya.

“Jihad yang buat kan corak di buku ni, lepas ni mesti akan jadi kenangan..hehehe” 

Saya tergelak mendengar usikan naqibah saya itu, saya ambil pen dan terus sign,tiba-tiba terusik hati saya bila melihat, kotak2 yang perlu saya sign beberapa bulan akan datang.

Saya jangkakan pada waktu itu,dengan izin Allah ada kemungkinan saya tidak lagi bersama mereka. Kerana mungkin pada waktu itu, saya akan kembali menjadi seorang siswi.

Saya masih merancang untuk menyambung pelajaran saya, kerana tuntutan ibu ayah saya, dan saya begitu rindu, untuk terus full swing bersama buku setiap saat.

Walau apapun, saya takkan pernah lupa precious moment yang satu ini.

Sungguh, saya sangat sayangkan mereka.  

Ini usrah terbaik yang pernah saya ada. MUJTAHIDATUN.

Moga terus menjadi asset yang berharga buat ummah.

Dan moga terus menjadi kenangan dan azimat dalam diri ini, agar jangan pernah berhenti melangkah.

Sampai Allah memanggilmu pulang.

 

Sayang antunna kerana Allah!

 

 

 

 

 

 

 

 

Family bukan ikhwah akhawat? Boleh jadi suatu azimat!

Bismillah,

Awal saya menyertai gerabak Jemaah ini saya menceritakannya kepada keluarga saya. ibu dan ayah saya bertanya

“IKRAM tu ARKAM ke?” soal mereka, dahi berkerut. Risau barangkali. hihi

Saya tergelak kecil, ye tak ye, bunyinya pun hampir sama. Dan saya kembali menjelaskan, kedua ini nyata berbeza.

Allah mentakdirkan saya lahir dari keluarga yang bukan ikhwah akhawat. Cabarannya sangat berbeza. Jika sahabat-sahabat saya mempunyai parents yang memang asalnya ikhawah akhawat untuk memandu langkah2 mereka memaknai tarbiyah, Situasi kami sebaliknya.

Sebaliknya kami sendiri yang perlu kembali kepada keluarga kami menjelaskan kepada mereka akan makna tarbiyah ini.

Bunyi macam senang cipika-cipika. Sebenarnya berat,

Berdakwah kepada parents bukan benda yang mudah. Tapi bukan juga tersangat susah. Walhal parents lah yang paling mahu mendalami setiap butir2 kata-kata yang kita mahu sampaikan, yang paling cuba mahu mendalami emosi dan watak kita. jangan kita lupa, hati kita jasad kita ini, cantuman dari hasil cinta ibu dan ayah.

Post yang cuba untuk meniup kekuatan kepada kalian ini  ini bukan bererti saya lah yang paling mahir mentarbiyah keluarga, walhal saya masih mentah.22 tahun, seberapa ciput tahun je saya baru melangkah dalam gerabak ni. Bahkan penjelasan saya selepas ini barangkali sangat naïf bagi kalian yang sudah senior dan Lejen. Heh.

Alhamdulillah Allah membantu saya melalui pelbagai alternative, dan tanpa kalian sedar, kalian juga punya peluang dan alternative yang sama.

Saya mengalami perasaan anda-anda yang seperti saya. Saya tahu rasanya, Dan saya mahu memberi kekuatan,

Ikhwah wa akhawat, anganan menjadikan seluruh family kita memaknai tarbiyah itu adalah TIDAK MUSTAHIL. Angkat wajahmu, pandang ke langit,sapu airmatamu itu, tersenyumlah. Masih ada harapan.

Bermimpilah, tanam cita-cita! Hiyaaahhh

Bismillah…

Keluarga saya boleh dikatakan bermula dari zero, tidak perlu dicerita zero yang bagaimana, dan tidak perlu ditanya. Ada aib keluarga yang perlu saya jaga walaupun sekarang situasinya sudah berubah, Alhamdulillah (It takes around 4 years maybe)

Bila difikir balik bagaimana keadaan ini boleh berubah 360 darjah? Maha Suci Allah yang memegang hati-hati!

Saya ingat lagi awal saya bertudung labuh, saya ditegur, jangan lah berpakaian macam ustazah, sederhana sudah. Tapi sebaliknya, sekarang saya siap ditanya “Along, ada lagi tudung labuh  yang mahu mama belikan? Baju Muslimah perhaps?”

Dahulu rumah kami ‘hambar’ tetapi sekarang jauh berbeza, ayah paling suka pasang zikir terapi Apisamidon. Kami adik beradik akan menyusun Tafsir2 quran kami berbaris di satu tempat, Dan bila tiba masa lapang, kami akan beramai2, mengambilnya, dan berkongsi ayat2 tafsir  yang menusuk jiwa.

Sticker pelangi menjadi hiburan kami. Sambil makan rambutan kebiasaannya. Erk.

Dan habes waktu makan malam atau tengahari, kami sekeluarga sengaja berlama-lamaan di meja makan. Ayah saya akan menggodek internet dan membacakan hadis-hadis dan tazkirah dari skrin samsungnya itu,. Kadang2 mama yang membacakannya,ayah akan menyampuk dan membuat diskusi secara spontan. Forum meja makan always be my favourite.

Tarbiyah mula menjadi kecintaan kami. Kalau boleh, kami mahu serba serbi setiap masa, kami hanya mahu bercerita hal2 berkaitan agama.

Selalu bila ayah menceritakan sesuatu berkaitan agama,terutamanya berkaitan Rasulullah dia akan tersentuh dan menangis. Tidak sedikit saya memerhatikan butit-butir mutiara keluar dari kelopak mata tua ayah. Saya rasa inilah zaman dalam hidup ayah saya memerhatikan, beliau berkarakter sangat sensitif, sangat perasa, dan cepat tersentuh.

Alhamdulillah mama saya juga mula menukar caranya berpakaian, dan kami adik-beradik sentiasa cuba memotivasikan mama, dia mula menukar penampilannya sedikit demi sedikit. Bahkan dia berkata kepada kami “nanti mama mahu istiqamah pakai jubah dan tudung labuh” bila mendengar mama berkata demikian di hadapan kami, kami semua menahan air mata dari tumpah T.T seperti ayat keramat yang membelah samudera dan gunung!

Ada satu masa tu mama bertanya kepada kami, jika pakaian yang dipakainya oke atau tak (sebenarnya kurang menepati syarie) kemudian kami terdiam dan senyum serba salah. Mama senyum seakan faham dan dapat membaca riak muka kami. Dan masuk ke bilik semula. Dia meminjam baju Muslimah adek saya yang kelabu beriben itu sambil tersenyum melangkah keluar dari bilik. ❤

Kami memulakan budaya solat berjemaah sesama adik beradik dahulu, kami cuba melatih dan membiasakan anak lelaki yang pertama dari keluarga kami ini menjadi imam. Dan selesai solat berjemaah, saya akan masuk kebilik membaca sebentar dan sengaja menunggu ibu saya mengetuk pintu bilik

Dengan kain batiknya itu, bermanis muka dan bertanya kepada saya.

“Long, bila mahu start usrah?’ Keluarnya saya dari bilik saya melihat adik beradik saya yang lengkap bertelekung, di dalam satu bulatan, dan memegang tafsir Al-Quran masing2.

Ayah saya duduk di sofa. Juga turut menunggu. Lengkap berkopiah dan berkain pelikat.

Ada kelopak mata yang panas menahan tangisan keharuan. Hati saya serasa mahu menangis berkali2.

Saya tidak percaya, apa yang saya angankan dulu, terjadi. Dahulu situasi seperti ini hanya menjadi angan-angan dan mimpi indah saya. Kini ia terjadi di depan mata.

Kami bukan lah family, yang faham agama asalnya, bahkan zero. Saya tidak malu mengakui ini. Zero, saya ulang, zero. Macamana saya perlu gambarkan, begini, saya hanya tahu bagaimana cara bersolat bila umur saya 14 tahun. Itupun kerana saya masuk sekolah berasrama.

Dan saya bukan mahu menunjukkan betapa baiknya keluarga saya yang dah berubah, bukan. Saya ingin memberitahu bahawa anda juga tidak mustahil, anda mampu melakukan hal yang sama. Sunnguh! Dengan izin darInya jua.

Bahawa di jalan tarbiyah ini, setiap orang Allah berikan cara didikan yang berbeza. Sama ada anda dari keluarga Musleh atau tidak, Allah tahu di dalam setiap keluarga, ada agen2 duat yang telah dipilih untuk mengislah keluarga masing2.

Dan boleh jadi ‘misi mengislah keluarga’ itu lah tarbiyah terbesar, paling bernilai yang Allah didikkan buat kita.

Saya selalu mendengar luahan akhawat yang juga seperti saya, berasal dari keluarga yang biasa-biasa. Dan menyalahkan ibu-bapa yang tidak faham akan tugas nya menjadi seorang penggerak gerabak dakwah ini. Ibu menghalang, ayah menghalang. Dan dia mula menyalahkan keadaan,yang tertekan.

Sampai berani kata, ibu-bapanya nya berhati keras! Allah 😥

Jangan pernah kita lupa, hati kita ini, cantuman cinta dari ibu dan ayah. Kita berkongsi hati yang sama. Hati kita berupa hati mereka.

Kita lebih menyalahkan keadaan, dan tenggelam dalam sukzon kita merasakan sosok kita jauh lebih baik dan suci, kita tenggelam dalam melayan perasaan tidak tertanggungnya cabaran dan terlupa, jauh disana, masih ada harapan.

Kita tenggelam dengan emosi kita hingga melemahkan langkah2 kita.

Ibarat aiskrim favret kita terjatuh ke lantai tanpa sengaja, kita menangis dan menangis kerana aiskrim itu limited edition! Hoh! Mata kita membengkak kerana menangis, sehingga menyukarkan penglihatan kita, dan tidak sedar, bahawa kedai aiskrim yang menjual aiskrim yang sama ada di sebelah kanan kita. (Err apa ni)

Err.. Yes, boleh diibaratkan begitulah.

Kita juga lupa, kita berkata2 mereka susah diubah, keras hati seolah2 kita ini sudah ‘sangat baik’ kerana kita sudah ditarbiyah, sudah berjemaah, kita terlupa, ibu bapa kita lebih bertahun lama melihat ragam dunia dan lebih menempuh jalan menuju Allah ini mendahului kita.

Cuba dirasa tangan kasar tua mereka itu,dapat kita rasakan bahawa tangan ini, sudah lama bekerja, rasakan kedut-kedut tua itu, tangan ini juga sudah lama digunakan di dunia dalam perihal2 menujuNya. Tangan yang lebih banyak berbakti dari tangan kita.

Saya percaya, setiap orang diberikan peluang kembali kepada Allah, yang Allah hidangkan didepan mata mereka sendiri samada sedar atau tidak.

Dan saya percaya, dalam setiap keluarga, Allah akan pilih satu agen taghyir, pencetus, dan pemula untuk membawa mereka ke jalan yang benar, mengubah cara hidup yang kepada yang lebih terarah dan bermisi kearah mardhatillah.

Boleh jadi agen yang dipilih Allah itu kamu.

Perasan tak? Kamu datang entah dari ceruk mana,tiba2 Allah menemukan kamu dengan Cik Hidayah yang ntah dari ceruk mana jugak,Tiba2 muncul dalam hidup kamu. Dan lagi menghairankan kamu terus serius mahu bersama dengan Cik Hidayah ini. yang asalnya sangat ‘rare’ unsur kejadiannya bagi kamu.

Kamu benar-benar serius mahu menjadikan Dakwah dan tarbiyah ini sebagai nadi.

Dapat rasa kan yang Allah takdirkan kamu mengenali usrah, mengenali indahnya hidup berjemaah,mendidik kamu untuk menghadam tarbiyah ini dalam2 bukan hanya saja-saja.

Yes, kamu kenal jalan ini bersebab. Kerana kamu istimewa, kamu adalah pilihan Allah.

Sebenarnya kita ini secara automatiknya menjadi istimewa pada pandangan Allah setelah kita mula tekad dan berazam serta berbaiah di jalan Allah ini, bahawa kita mahu mengorbankan segala-galanya dari diri kita untuk jalan ini. Kita mahu menjual diri kita untuk dakwah. Dan Allah membeli jiwa-jiwa kita.

Dengan itu, kamu adalah permata agama yang perlu digilap dan dilatih.

Dan latihan bagi seorang kader dakwah yang membawa risalah ini bukan latihan cincai. Allah akan menegur dan melatih kita dalam pelbagai cara, setiap masa.

Allah tengah melatih dan menggilap potensi kita, softskill kita, melatih sabar kita, melatih cara kita menangani emosi manusia, melatih kita agar lebih hikmah.

Dengan itu boleh jadi, latihan itu bermula dari mad’u yang paling dekat pada kamu. Yang kamu hadam akan perangai dan personaliti mereka. Insan-insan terawal yang Allah hadirkan dalam hidup kamu.

Ya! Memang berat awalnya. Tiba-tiba nak dakwah ahli keluarga yang dah khatam semua keburukan dan kedhaifan diri kita. Fuh Fuh!

Tiba-tiba terus berperwatakan macam qawiy je, mcam qawiy je di depan adik beradik kamu yang sudah biasa melihat kamu tidur berdengkur, air liur basi kamu, kentut kamu yang tidak sewangi kasturi, dan pernah bergaduh tarik rambut dengan kamu sewaktu kamu masih kecil

Belum masuk parents, doang lagi lah khatam, luar dalam seorang ‘Kamu’ T.T

Tapi itulah konsep yang kita imani dari awal, jangan lupa akan maratib amal kita. Keluarga sebelum masyarakat.,

Nampak tak peringkatnya? Skill kita akan diupgrade.

Hard jadi medium, medium menjadi easy ( Gulp, Ini kalau dah qawwiy sangat la, masyaAllah T.T)

Rancangan Allah penuh cinta!

Yang penting, buat dari hati. Kita dakwah mereka dalam keadaan mereka tahu baik buruk kita, beritahu mereka kita bukan mahu menjadi sempurna, tapi kita semua adalah sekeluarga pendosa, yang mahu berpimpinan tangan bersama menuju syurga.

Kita takkan sanggup melihat salah seorang dari kita terseksa di neraka, kita hanya mampu memerhatikan dari atas, nauzubillah!

Kita mahu harungi dunia ini bersama-sama dalam mardhatillah, dan akhirat nanti kita sebaris bersama di dalam mardhatillah jua.

Dan berbalik untuk memahamkan dakwah dan tarbiyah itu kepada keluarga kita, Jangan dulu selaju bullet menderu jauh-jauh masuk terus bab fikrah bab gerakan kita,tidak perlu pumpang memberitahu meraka secara berasap dan berapi-api bab Jemaah yang kita sertai dan sebagainya.

Kita mula dari pada asas kita. TAUHID.

Kita kebiasaannya lebih memilih untuk memulakan langkah berdebat dengan mereka dahulu, bahawa apa yang kita buat ini benar, kita percaya yang jalan ini jalan terbaik dan kita berkeras pada mereka,

Jangan lupa, kita bukan mahu memenangkan jemaah di mata mereka, yang kita perjuangkan bukanlah Jemaah ini

Agenda kita adalah TARBIYAH dan harapan kita pada mereka.

Jangan lupa, ada hati tua sensitif yang perlu dijaga.

Jadi menurut apa yang saya percaya dan apa yang sudah berkesan melalui pengalaman saya; don’t tell them. But show them!

Buktikan dengan mengikuti system Jemaah ini kamu lebih menyerlah dalam pelajaran kamu.

Buktikan dengan mengikuti system Jemaah ini akhlak kamu bertambah mantap, bertambah matang dan tunjukkan kamu mahu kebaikan beragama itu di dalam keluarga kamu.

Buktikan kamu akan menjadi seorang anak yang lebih baik dari yang mereka kenali sebelum ini

Buktikan dengan mengikuti system Jemaah ini kamu bertambah meraikan ibu-bapa, bertambah hikmah dalam berbicara, bertambah sayang akan adik-beradik kamu.

Buktikan dengan mengikuti system Jemaah ini kamu semakin bijak membuat keputusan, pandai berdikari dan kurang mengadu mengeluh kepada ibu-bapa kamu.

Buktikan kepada mereka “Ibu ayah, tengok bagaimana tarbiyah ini sudah mengubah diri saya dan bakal mengubah keluarga kita, tengoklah betapa hebatnya penangan berada di jalan dakwah dan tarbiyah ini, ibu ayah,tarbiyah ni sangat awesome!”

BUKTIKAN BAHAWA TARBIYAH INILAH YANG TERBAIK!

Kuncinya satu: Qudwah qabla dakwah.

Bila kita sedar yang kita mahu menjadi agen taghyir kepada keluarga kita, akhlak kita lah yang perlu lebih menyerlah daripada adik-beradik yang belum mengenali tarbiyah ini,pastikan mereka dapat melihat bahawa kita adalah sosok yang baik untuk dicontohi. Tidak kira samada anda seorang adek atau abang/kakak. Raih tsiqah mereka.

Saya mengaku pada awal-awal saya bertekad untuk memulakan fasa pengislahan keluarga saya, saya sendiri mengalami masalah akan membina qudwah dalam diri. Ye lah, saya sendiri baru berkenalan dengan tarbiyah masa tu. Terumbang ambing lagi. Bukan mudah, semua benda take time. Sabar itu perlu.

Saya memulakannya bukan dengan menunjuk “aku dah baik! Ikut aku”

Saya memulakannya dengan konsep “aku tak baik,kau pun sama,sampai bila macam ni,jom sama2 jadi baik?”

Kita tiupkan kepada mereka harapan demi harapan, kita beritahu mereka menjadikan keluarga kita memahami agama itu bukan anganan.

Saya sentiasa ingatkan adik-beradik saya, rasanya kalau bukan di jalan hijrah ni, kita mahu kemana lagi? Rasanya kalau bukan kita yang ubah family kita siapa yang akan ubah lagi?

Saya sentiasa ulang dan ulang perkataan ini kepada mereka dengan nada yang sayu mayu layu itu, muka mereka selamba, bersahaja. Tapi saya tahu, perkataan-perkataan itu lah yang meresap kedalam diri mereka dan membuat mereka berfikir bila bersendirian.

Tiba-tiba tup2 semasa saya masih berada di kolej lepak di library, ibu saya memberitahu, adik perempuan saya yang ketiga mula mengikuti langkah saya, menjinakkan diri dengan tudung labuh. Tidak lama kemudian adik saya yang ke 4 mula menyusul menyempurnakan penutupan auratnya selepas kami. Alhamdulillah!

Peluang ini saya tidak memandangnya sia-sia, semangat awal adik-adik saya itu perlu dikembangkan, takut nanti kekurangan tudung labuh membuatkan mereka masih memilih tudung bawal yang pendek dan nipis itu. jadi saya berusaha mengumpul duit saya untuk membelikan mereka sebanyak mungkin tudung labuh. Saya beli tudung yang senang padan dengan warna-warna lain, sebagai contoh warna krim, hitam dan putih.

Semua buku Islamik koleksi saya, saya angkut balik ke kampung. Saya sengaja membiarkan mereka membacanya. Dan saya akan bertanya dan meminta perkongsian dari mereka apa yang sudah mereka baca. Adik saya ketiga peminat setia karya Hilal Asyraf, dan saya percaya karya Hilal itu banyak mempengaruhi karakternya. Terima kasih Abg Hilal! (Sebenarnya saya sendiri belum baca buku tu.. pffftt T.T)

Saya mengambil langkah agar tidak bertangguh-tangguh. Setiap masa adalah sangat berharga, setiap peluang perlu diraih serakusnya!

Bila bertelefon dengan ibu ayah, saya akan lazimi perbualan2 kami dengan ayat2 sebegini

“mama, bagus kan adik sudah mula berubah, macam Allah mudahkan adek..”

“mama, nanti along yakin kita semua boleh jd keluarga yang soleh. Allah bantu tu kan ma?”

“Ayah, we hope we can make u proud, kami semua adik beradik pakat2 mahu banggakan mama dan ayah tengok kami jadi wanita solehah, aiceceh”

Dan macam kebiasaanlah, pada awalnya ucapan2 tu awkward, dan doang gelakkan saya haha T.T (potong bawang sambil tunduk muka malu)

(Serius, awal2 buat memang malu and awkward, rasa tebal je pipi, tapi bila kita cuba biasakan, lama2 akan jadi kebiasaan dan tak awkward lagi, percayalah, dan saya percaya dalam ibu ayah saya tergelak tu, sebenarnya ucapan2 sebegitu membekas di hati mereka, dan mereka akan terfikir jua bila mereka bersendirian)

Dan saya akan terus SMS adik beradik saya, memotivasikan mereka agar terus berusaha mengislah diri.

Biasakan diri untuk cakap benda2 yang deep2 begini. Ambil masa berdua curhat (curahan hati) bersama. Targhib mereka bab hijrah diri dan tarbiyah, banyakkan masa berborak dengan mereka dan cungkil perasaan mereka yang mereka juga mahu berubah. Raikan perasaan itu, beri suntikan semangat dan harapan.

JANGAN WUJUDKAN tembok antara kita dan adik beradik kita untuk berbicara hal2 sebegini. Lantik diri kita untuk menjadi kaunselor mereka dan juga pendengar setia.

Sentiasa cari cara atau munculkan suasana yang kita mahu berbicara soal hijrah dan meraikan soal itu bersama mereka. Lepas makan, sebelum tidur dan sebagainya. Beri mereka bahu untuk mereka bersandar, beritahu mereka yang mereka boleh meluahkan apa sahaja as long itu memudahkan dan melapangkan dada mereka meniti jalan Hijrah ini,.

Tapi untuk mengambil peranan sebagai ‘bahu bersandar itu’ tarbiyah kita perlu dibasahkan, hubungan kita bersama Allah perlu dijaga, agar Allah membantu lisan-lisan kita menyentuh hati adik beradik kita.

Kerana jika tarbiyah kita kering, kering juga lah lisan-lisan kita. Dan jika sudah kering, bagaimana kita mahu membasahkan yang lain. Bukan hanya kepetahan berkata-kata yang dikira, sesi curhat itu ibarat kalian sedang berkongsi jiwa ala telepathy cenggitu. Saling merasa dan mendalami jiwa masing2.

Kebasahan tarbiyah dalam jiwa itu perlu jika mahu berkongsi jiwa itu bersama kesayangan kita.

Sekali lagi. JANGAN WUJUDKAN TEMBOK. Jangan mood ‘awkward’ itu menguasai kita. Biasakan diri.

Jangan sampai, kita hanyu mampu menangis dan berkata-kata dan berdakwah di dalam hati. Luahkan! Anda mampu mengubahnya,perjalanan yang beribu bermula dari selangkah. (betul ke pepatah ni -_-‘)

Alhamdulillah semua proses ini berlaku sedikit demi sedikit dan mengambil masa selama 4 tahun. Dalam 4 tahun banyak yang terjadi dalam keluarga kami, Ayah mula berjinak-jinak mengikuti majlis-majlis ilmu dan kelas perubatan Islam, mama semakin galak membantu adik beradik saya kearah yang lebih baik. Adik lelaki saya juga sudah membiasakan diri mengimamkan solat.

Rumah yang dulu ‘tidak bercahaya’ kini makin berseri.

Alhamdulillah thumma walhamdulillah!

DAKWAH DAN TARBIYAH? Subhanallah,kedua ini begitu banyak mengubah hidup saya, dan saya sangat bersyukur digerakkan hati oleh Allah memilih untuk merasainya manis hidupnya berjemaah.

Sungguh, memang di dalam hidup berjemaah, ada keberkatan. Dan kini saya sudah percaya benarlah, ‘tangan-tangan Allah itu ada pada Jemaah”

Dan menyentuh isu memilih untuk hidup berjemaah, pada awalnya juga tidak mudah bagi saya, sebab saya berasal daripada Borneo, jadi berjemaah2 ni agak rare di sana. Dan sebelum saya bermusafir ke Semenanjung saya sudah diingatkan oleh parents saya di semenanjung ini banyak juga pertubuhan2 ajaran sesat, itu yang mereka risaukan.

Saya faham itu, risau tanda prihatin. Saya jelaskan Jemaah yang saya ikuti ini berdaftar. Bukan gerakan rahsia sesat dan sebagainya, Alhamdulillah mendengar penjelasan saya itu, mereka menarik nafas lega.

Dan jika di dalam berjemaah kita mendapat tentangan dari ibu bapa kita barangkali mereka belum mendapat gambaran sepenuhnya apa yang kita kerjakan ini. jangan melenting ber sukzon dahulu. Jelaskan kepada mereka baik2.

Jelaskan kepada mereka apa yang kita buat seharian, jelaskan bahawa apa yang kita kerjakan.

Bila menjelaskan kepada mereka, perlu ambil masa slow talk dengan mereka, lembutkan cara berbahasa, kawal nada suara, merendah diri lah dan terima teguran mereka dengan positif.

Jangan lupa, kita bukan mahu memenangkan Jemaah kita, kita mahu focus kepada agenda yang kita bawa

“Dakwah dan tarbiyah.”

Masuliyah DnT dan Birrul Walidain, keduanya harus kita berusaha untuk meraikannya serentak.

Tetapi bagi saya, untuk memudahkan gerak langkah kita di jalan dakwah ini, meraih tsiqah parents itu amat perlu.

Jika tsiqah dan percaya parents kita berjaya raih, percayalah, Allah akan memudahkan urusan yang lagi satu. Ada barokah yang besar dalam birrul walidain. Ia ibarat seri kepada langkah-langkah kita di dalam meniti jalan DnT ini.

Dan boleh jadi, berkat birrul walidain tu lah yang menjadi booster dan pemudah langkah2 kita di jalan ini.

Parents mana yang tidak patah hati, kita kencang berprogram, bergerak sini sana, usrah sini sana, aktivisme sini sana

Tapi rumah hanya dijadikan hotel ‘check-in’ dan ‘check-out’

Di depan parents berkepit dengan gadget, senyuman jarang dilontar, nak ajak parents borak awkward.

Belum masuk bab membantu mereka liat, parents dianggap seperti dinding yang kadang wujud kadang tidak.

Belum masuk akhlak, bersama ikhwah akhawat kita subhanallah, akhlak kita lah yang paling cantik manis, tapi bila balik sahaja kerumah taring kita mula keluar *shiingg*

Akhlak kita tak semulia dan secantik seperti akhlak kita bersama ikhwah akhawat kita.Nauzubillah.

Barangkali atas sebab ini lah, parents kita menyangka, berjemaah itu hanya menjadikan kita seorang yang hipokrit dan berpura2, Jemaah itu tidak mengubah personality kita menjadi lebih baik, walhal dengan berjemaah ini merampas masa-masa emas mereka bersama anda, nauzubillah.

Saya percaya di dalam birrul walidain, kualiti masa adalah leeeebih penting berbanding kuantiti masa.

Buktikan dengan masa kita yang singkat di rumah itu kita boleh memanfaatkannya semaksimanya untuk keluarga kita, untuk pentarbiyahan keluarga kita, bukan hanya usrah musrah sahaja di luar, kita juga peduli dan melakukan usrah untuk adik beradik kita.

Tunjukkan kepada parents, bahawa adik beradik kamu adalah yang terutama kamu tarbiyah dan dekati dalam langkah kamu berjemaah ini mendahului hadek hadek bulatan riang dan ikhwah akhawat di luar rumah kamu itu.

Cantikkan usaha Matinul Khuluq kita, jaga ibadah-ibadah kita dirumah.

Berani curhat dan berkongsi rasa bersama parents kita akan impian-impian kita di jalan dakwah ini. Bentangkan dan ceritakan kepada mereka akan cita-cita kita. Buatkan mereka merasa yang mereka sangat diperlukan untuk menguatkan langkah-langkah kita  meniti di jalan ini. beritahu mereka kita memerlukan seseorang untuk menjadi penasihat dan pemotivasi kita.

Luahkan yang kita memerlukan nasihat-nasihat murni mereka yang membasahkan jiwa kita semenjak dari kita kecil lagi. Kita memerlukan sokongan mereka.

Teguhkan hati mereka dalam membantu kita dan buat mereka percaya yang mereka adalah sebahagian dari semangat kita. Kita sangat memerlukan doa doa mereka untuk keberkatan hidup kita. Dan keberkatan gerak langkah kita di gerabak ini.

Walaupun mereka bukan ikhwah akhawat beranilah untuk merencana impian-impian dakwah anda bersama mereka. Kenapa? Sebab mereka khatam baik buruk anda. Mereka mampu menasihati do and donts. Mereka tahu titik kekuatan anda dan titik kelemahan anda.

Mama dan ayah saya sentiasa bertanya, bila kali terakhir saya menghubungi mana2 pakcik2 jemaah saya jika ada program terdekat. Kadang2 mama ayah saya akan berjumpa pakcik2 itu sendiri dan bertanya jika ada lagi ruangan yang saya perlu sertai dan manage kan masa saya balik ke kampung nenek dan sebagainya. Mama saya juga lah yang mencarikan sekolah dan tempat2 yang boleh kami tembusi untuk mengadakan daurah dan camping.

Ayah saya pula sentiasa berbincang dengan saya jika ada tempat2 berpotensi yang dia tahu untuk dicadangkan ke pakcik2 untuk diterokai dan didakwahi. merancang untuk menghadiahkan kami satu set speaker mudah alih untuk kemudahan kami (InsyaAllah, doakan ya) Dan ayah lah yang selalu menasihati saya jika saya terlalu tergesa2 dan terburu. Atau tercuai dan tersilap pendapat. Ayahlah yang memandu saya untuk back on track. Dan mengingatkan hati saya. Yelah, umur masih setahun jagung. Kena banyak dibasuh.

Dan ya, keduanya bukan ikhwah akhawat, tetapi mereka lah yang paling banyak mendokong dan menguatkan langkah2 saya walaupun tanpa mereka sedar.

Sebab itu saya percaya, jika parents kamu bukan ikhwah akhawat pun, once tsiqah mereka berjaya kita raih, InsyaAllah, akan mudahlah urusan masuliyah DnT kita insyaAllah.

Lap air matamu, binalah harapan. Saya percaya, dengan kuasaNya, suatu hari ia akan menjadi kenyataan. Beranilah bermimpi!

Memang diakui tidak mudah, bahkan sukar sebenarnya, saya sendiri perlu bergelut selama 4 tahun untuk berada di dalam suasana seperti ini. Meraih kepercayan parents saya, Dan masih bergelut sebenarnya, doakan ya.

Long way to go. May Allah guide us

Tapi percayalah, apa sahaja usaha yang kita lakukan untuk keluarga kita, walaupun sekecil2 perkara sebenarnya kesannya sangat besar untuk beberapa tahun nanti, sekarang kita tidak nampak, tetapi beberapa tahun anda akan lihat sendiri hasilnya.

Jangan pernah sesekali berputus asa dan berhenti berusaha

Yang penting jaga hubungan anda bersama Pencipta hati, tajdid niat anda setiap hari, suburkan himmah dan tekad yang ada, kerana setiap orang punya peluang.

Terus panjatkan doa dan memberikan pergantungan kita kepada Allah, laa hawla walaa quwwata illa billah. Kerana Allah sahaja yang memegang hati-hati. Kita penyeru, dan Pemberi hidayah hanya lah Dia.

Terus suburkan harapan itu.

You are very special

You are chosen

Give Thanks to Him!

Yosh kita bersama2, berpenat-penat ,berusaha di dunia agar kelak kita berpimpin tangan menuju syurga,

Ameen! :’) *mata berkaca,kunyah kacang gajus. pen Off*

Tentang politik? aku? jangan tanya aku. aku remaja neutral. *nanges*

Aku..
Tengok dada akhbar
Tengok berita..
Setiap hari.
Pagi petang siang malam aku pasang telinga aku
Dengar berita. Dengar je. Memilih telinga ku untuk taat dan kaku.
NTV7, TV3, TV1, TV2,
Mengamati apa yang disampaikan mereka.
Setiap hari.. Pagi, petang, malam.
Tambahan dengan hujah-hujah secara live dari sekelilingku.
21 tahun lamanya ia berbudaya dalam hidupku.
Jadi secara automatiknya.
Aku boleh jadi,
berjaya dibrainwash si biru.

Sepatutnya.

Aku juga sebenarnya baru terdedah dengan hakikat ragam sebenar politik ini bila melangkah kedunia kampus.
Itupun tidak berapa. Sipi-sipi.

Sebab buku teks sekolah hanya mengajar aku jadi seorang yg patriotik. Sayang negara. Itu sahaja. Aku cuma buat apa yg aku belajar.

Jadi aku belum masuk ke fasa kritikal dan advance itu. Apa dia?

Satu perkataan yang ramai remaja allergic:
POLITIK!

KONONNYA. Aku berbangga jadi orang yang NEUTRAL.

Tidak berpihak dimana-mana pihak.

Tidak kerajaan, mahupun pembangkang.

Merasa bila berpendapat begitu aku jd TELUS, dan adil.

Menyangka politik KOTOR, sedangkan bila difikir balik, cukup BERSIH kah pegangan ku itu?

Malulah menjadi remaja yang bersenang lenang, menggemuk menikmati hasil perjuangan politicians.

Suasana yang ‘educated’ kini tidak memerlukan mereka yang berfikiran neutral. Kita mahu mereka yang mampu berhujah dan berprinsip menembusi ‘kritikal’

Tidak selamanya kita akan terus tidak tetap pendirian, seperti layang-layang. Ikut sahaja arah angin.

Akhirnya tersadai. Terbuang. Tidak berguna. Pathetic.

Aku dibesarkan di Sabah.
Kau dapat bayangkan akan politicsm di Tanah Sabah itu?

Tak. Kau tak dapat.

Budaya Peninsular dan Sabah hakikatnya tidak sama.

Tapi aku kagum dengan orang sekelilingku.
Yang semangatnya waja hebat membara!
seperti waja warna laut itu..
Aku tahu, mereka peduli negara.
Sayang negara.
Takut akan nasib negara ini.
Kebanyakan mereka, adalah golongan ‘pakcik-makcik’
Yang lebih makan garam melihat fenomena negara ini.
Dan mungkin yg sempat merasa zaman komunis, zaman jepun, zaman jajah menjajah itu.

Jadi bg mereka, merdeka dan ketuanan melayu itu adalah satu hak yang wajib mereka pertahankan. Hebat smangat juang mereka!

Demi Allah, aku kagum dengan itu! Aku juga mahu mencontohi sifat begitu; Peduli.

SAYANG AKAN NEGARA!

Percaya kah kau bila aku kata,

“Aku tidak pernah bertemu golongan pembangkang sepanjang aku membesar di Tanah Sabah”

walaupun hakikatnya ada. Cuma secara majoriti yang wujud di mataku, ya, golongan yang satu lagi.

Percayalah. Jadi, kau sudah nampak kan kuatnya ‘kuasa veto itu’ yang mendominasi tanah sabah? Senyum.

Jadi sepatutnya bila membesar dalam suasana begitu aku mampu kuat prinsip. Kuat hujah. Kuat pendapatnya. Siapa patut aku pilih.

Aku sepatutnya memilih si Enchik Biru. *batuk*

Aku dibrainwash hampir setiap hari. Diasak ideologi itu secara indirect ke kepalaku.

Jika sepatutnya bila sudah selama 21 tahun diasak, ideologi itu sepatutnya menjadi tepu.

Tepu. Ampuh. Sampai sukar untuk digugah lagi.

“Kau, sepatutnya kau tahu! Kau membesar dengan mengenali yang mana kawan yang mana lawan! Kau patut tahu! Jangan jadi bodoh dan ego! ”

Suara itu halus berteriak kasar didalam kepalaku. Merabak-rabak hatiku. Mahu sahaja aku menangis.

Peluhku memercik. Ku raup mukaku. Kusut.

Aku tahu aku akan dihentam bila berbicara soal ini. Terutamanya sekarang. Musim PRU nie.

Berkata benar, walaupun pahit.

Demi Allah, aku sudah sakit menjadi golongan neutral.

Tapi neutral yang sakit itu jua mengajar aku. Bersabar. Dengar. Perhati.

Aku disiplinkan diri dengar berita. Pasang telinga bila mereka disekelilingku berbicara.Cuba sehabis mungkin untuk husnuzon dengan pemerintah kita. Aku cuba kenang jasa-jasanya nya pada kita. Aku akui, ada. Banyak juga. Dia juga berusaha dengan gigih. Biarpun diejek dan dihentam saban hari.

Bila habis dari pihak sebelah kiri,aku juga cuba membuka pandanganku di pihak kanan, melalui internet, web, bukti-bukti kukuh untuk ‘backing’ diri mereka semula. Memberi bukti semula apa yang haq dan paslu. Tidak kurang dari suara pemerintahnya sendiri.

Ragam politik malaysia ini, kalau aku cerita dari sekarang sampai esok pagi, tak habis.

Aku tidak mahu berhujah pumpang pasal yang inikah salah, yang itukah salah. Kenapa dan mengapa,

kalian yang membaca nie, lebih tahu dari aku. Lebih faham akan berita-berita politik kepartian.

Aku remaja mentah. Kalian lebih tahu untuk berhujah benda2 fakta.

Cumanya, aku remaja yang masih ada fitrah. Aku mahu kebaikan. Aku mahu kesejahteraan hidup. Aku mahu masa depan yang baik.

Semua ini tentu berkait dengan akademik, ekonomi, dan segala bidang yang ada.

Siapa tidak mahu?

Aku? Jika kau tanya mana pendirianku,Asas pilihan dan pendapatku cuma satu;

Ragam dunia> guidelinenya agama. YES. AGAMA.

Kenapa?

Semua parti yang ada di dunia ini menjanjikan pulangan hidup yang senang.

Kos hidup rendah, senang lenang, sentosa selalu..heh.

Hatta jika aku ke negara lain sekalipun aku akan dijanjikan oleh pemimpin-pemimpin parti akan perihal yang sama.

Negara barat lain banyak je kan yang mewah, senang, even pemerintahannya tidak berasaskan Islam,

Aku bolehlah cakap camnie;

“aku cuma mahu masa depanku, ekonomiku, kesejahteraanku dijamin.”

“Yang aku boleh wariskan ke cucu cicit. Ekonomi stabil. Hidup mewah. Akademik. ”

Aku boleh dijanjikan macam-macam!

Mewah! Aman! Senang!

Tapi satu persoalan yang selalu menghentam fikiranku..

“ADAKAH KITA HIDUP UNTUK TERUS HIDUP??”

Cita- cita kita di dunia nie hanya mahu hidup sejahtera.. Sampai bila?

Apakah kita terus membawa dunia ini sampai kita mati?

Kita makmurkan dunia ini, kita cari berbagai kemewahan dan jaminan hidup.

Kita menjadi hamba dunia. Berusaha hanya untuk kesenangan hidup kita di dunia.

Dunia ini, dapatkah kita tangguhkan atau batalkan kiamatnya? Dapat?

Dan apakah kita mengira kita tidak akan ditanya apa yang telah kita perbuat.

Statement ini tiada niatku berkata bahawa jaminan hidup di dunia itu tidak diperlukan. Itu keperluan hidup. Aku tahu.

Cuma aku bersedih bila kita memberi kesemuanya di dalam politik nie hanya untuk pulangan dunia.

Kita mahu mewariskan masa depan yang baik untuk anak cucu kita,

Tetapi,

Mengapa juga kita berani mewariskan sistem hidup sekular ciptaan barat ini kepada mereka?

“Eh, kenapa pulak masuk sekular mular barat nie? Kita barat ke? Kita ne ketuanan melayu lah!”

Ya,itu yang kita terlepas pandang.

ketuanan kita, yang mana tanpa sedar kita dipengaruh, lantas dipaksa untuk berbudaya dan hidup dengan acuan barat mereka.

“Kau jangan nak menfitnah Porenjes, kau tu mentah! Politik pun kau tak khatam, ada hati nak cakap lebih2. Seolah2 kau dah cukup tahu semua benda. Bajet bagus! Masuk umur mengundi pun tak. Cakap je lebih..”

“Ouh, begitu. Kenapa? Hanya mereka yang boleh mengundi sahaja yang diizinkan untuk ambil berat perihal negara? Politik bukan untuk kami yang remaja ni ke? Kami nie bukan ‘bakal pengundi’ ke? Masa depan kami nanti tiada berkait dengan politik ya?”

“Kan aku dah kata. Mentah macamanapun aku, Aku ada fitrah nak benda yang baik. Aku manusia..”

Aku penat bukan kerana parti. Ragam fitnah dan porno politik negara ini. (Mungkin adalah juga penatnya. Hehehe) penatku bukan kerana mengukur siapa lebih benar dan siapa salah.

Aku dah kata, bab hujah, kalian lebih arif.

Terus terang dari hati. Aku penat kerana ini;

Aku sudah rabak hati melihat budaya remaja kita. Hiburan melampau. Islam luaran jasad cuma, dalamannya sekular. Jangan tanya aku, perhati media. Perhati cara hidup kita di negara nie. Budaya kita, Apa pentadbiran tidak mempunyai kuasa veto untuk mengawalnya?

Aku sudah cukup penat melihatkan agama dibelakangkan hampir dalam semua rutin hidup kita. Lihat sahaja akan event-event rasmi di Malaysia. Apa kau nampak?

Contoh isu hudud. bila hak ketuanan kita dicabar kita melenting marah, hak Allah dicabar apa respon kita?

Jangan bila hak Allah dicabar kita diam dan berani berpendapat2 rambang, hak kita dicabar baru kita mahu mengamuk?

Aku benci bila kita budayakan fitnah porno, ketidakadilan memonopoli media,

Sanggup bertuhankan penipu dan saksi-saksi palsu untuk mempertahankan diri. Takut diri dihentam. Aku benci pertandingan yang tidak jujur!

Pleaselah, kalian lebih tahu dari kami remaja mentah nie, kalian boleh dikira golongan educated. Bagi lah contoh yang baik.

Aku benci bila Islam itu dianggap; hanyalah sebagai satu subjek sampingan yang ada manfaatnya. Sampingan.

Bila Islam itu hanya dianggap kita sebagai suatu pilihan, atau aktiviti yang baik untuk rohani.

Aku benci bila kita tidak mahu masuk ke dalam cara hidup Islam ini secara MENYELURUH!

Dan mungkin ada lagi banyak situasi yang kita benci. Rabak hati.

“Kau kena faham porenjes, di Malaysia nie ada non muslim juga ramai..kesian mereka kalau kita ikut hukum Islam nie sangat. kita nie majmuk!”

“Eh, ini yang kau tidak faham, Islam nie bukan takat nama dan kat IC je. Mahupun sekadar istilah ‘anutan’ je. Islam nie cara hidup!”

“Dan cepatnya kau konfiden dan excited meletakkan dirimu sebagai non muslim itu kau kata kau tidak setuju lah itu lah ini lah. Seolah2 kau sudah merasa hidup dengan anutan mereka. Merasa kau lebih faham.”

“Aku bukannya nak malukan kau, ramai Non Muslim dari pembangkang yang menyokong sangat2 undang2 Islam, melebihi kita sendiri, melayu Islam. Kita pulak yang berdalih-dalih akan agama kita sendiri. Kan aku kata,walau berlainan agama, manusia mana yang fitrahnya taknak benda yang baik..aku ulang, benda yang baik!”

Mukanya mencuka, seakan ada hujah lagi yang dia mahu lontarkan..

“Perlahan-lahanlah nak terapkan Islam tu kat masyarakat.. Masyarakat majmuk kita nie kena faham..”

“Ya, itu aku setuju. Tapi dimana diletakkan usaha itu dalam kehidupan seharian? Mana momentumnya..? Mana? Apakah kita hanya sekadar berusaha sipi-sipi, membuat beberapa program Islam berkala kita rasa cukup. Islam bukan aktiviti. Islam menyeluruh. Cuba lihat balik budaya dan rutin kita sehari-harian yang kita biasakan di negara ini..perhatikan benar2, apa yang kau lihat?”

“Kembalilah kepada fitrah kita diciptakan kedunia. Quran dan Sunnah. Kau mengaku kau kata tanpa kedua nie kau sesat. TIDAK CUKUP dengan mengaku, bukti sepatutnya kerja nyata..”

Kerana hanya yang dari Allah dan Rasulullah(Quran dan Sunnah) itu, panduan terbaik bagi fitrah kita. Dan segala persoalan di dunia ini termasuk politik, sepatutnya kita rujuk sumber utama utk fitrah kita ini.

Dan ideologi pentadbiran Islam, GAGASAN ISLAM ini bukanlah pendapat rambang, bukan angan dan impian kosong.

Kerana jika benar ia sekadar angan kosong, Rasulullah tidak akan berani membawa ideologi gagasan Islam ini di Madinah.

Dimana di Madinah pun, masyarakatnya MAJMUK.

Aku terus terdiam. Terbawa-bawa dengan emosiku. Sudah panjang luahan ku hamburkan.

Fuh fuhh.. Aku bakal dihentam lani.

Kau kata aku pro pembangkang?
Atau kau kata aku masih belum tetap pendirian yang mana? Masih macam layang2?
Aku terus terang. Aku pro politik Islam.

Walaupun sekarang belum kita lihat kemenangannya. Suatu hari pasti! Kebaikan itu pasti di tangan mukmin!

Beramal kerana taat itu jauh lebih indah dari beramal dgn mengharapkan kemenangan.

Wahai semua yang boleh membantuku. Terus pimpin aku agar aku tidak terus neutral. Allahumma ameen.

Mata berkaca. Pen Off.

.

Yang jujur dan tulus bebelannya; Porenjes Pink.

“Yang tidak terisi, tidak bisa mengisi..”

Bila nak hapdet entry terbayang2 entry dari mereka-mereka yang rajin menghapdet blog haraki itu,

Selalu mereka akan mukaddimahkan dulu dengan ayat assigment berlambaklah, thesis, projek, and kekangan masa, and so on, and so on..

Banyak pulak yang tulis camtu. Dah jadi macam trend berjemaah seorang blogger pulak. Hihihi.

Nak eksyen lah konon ikut-ikut tulis camtu haihh.. Tapinya, Bila masa pulak saya buat assignment dirumah nie. Thesis jauh sekali. Final project apatah lagi.

Sejak pause jap baru habis diploma nie kerja saya berlatih menjadi anak mithali *belum ‘isteri’ lagi, jangan nak mengada-ngada*

Siapkan adek2 ke sekolah, masak, cuci kain, dan semua kerja yg sepatutnya dibuat oleh seorang suri rumah.

Rehatkan sekejap mama goyang kaki. Sebab dia dah buat kerja nie sedari 22 tahun yang lepas.

Jadi ruang saya banyak untuk keluarga saya. Alhamdulillah. Sebab itu lah tujuan utama saya balik secara tiba-tiba kesabah.

Sebelum saya pumpang turun mentarbiyah masyarakat dan remaja sini dengan menggunakan wadah IKRAMTeens, family saya sepatutnya adalah fokus utama saya dulu.

Adik-adik saya yang meningkat remaja itu semestinya. Darah muda yang panas bergelora. Ceceyh.

Tentang program remaja pulak, alhmdulillah ada beberapa yang sudah terlaksana, tp sejak mutakhir ini atas kekangan transport dan jarak ratus kilometer, serta takwim sekolah-sekolah menengah yg semakin sibuk menjelang pertengahan tahun kebanyakan program dalam rancangan itu tertunda. Sumpah sedih!

Tapi, akhlak kita dalam fikrah ini; Husnuzon dengan Allah.

Mungkin Allah mahu saya jelas dengan fokus saya dahulu niat asal saya balik ke sabah. Keluarga saya.

Cumanya dalam keadaan saya dah lama di rumah ini, ruang untuk input saya juga terbatas.

‘Group Usrah sementara’ saya ada dalam 130km dari sini. Babah saya juga sentiasa sibuk. Drive saya boleh, cuma ikut ‘cara’ saya lah. Haha. Paling-paling pun saya usrah online.

Bayangkan kesiannya desperate saya ini menagih-nagih input yang ada.

Semoga Allah terus menjadi ‘murabbi’ utama saya. Ameen.

Nasib Allah kurniakan saya internet di handphone nie. Dari keypad BB ini lah saya usahakan untuk mencari apa2 sahaja input yg boleh saya dapat dari internet. Selain itu tadabbur dan buku ilmiah lainnya.

Kadang-kadang kalo ada yang boleh dicopy paste saya bahagi-bahagikan pada sahabat2 di Whatsapp. Cuba mahu berhalaqah secara maya. Manatahu ada yang sudi.

Nadia Humairaa. Yang paling ohsem sekali semangatnya bab whatsapp dan berkongsi. Terasa segar semula bila dia berbicara. Terasa seperti ada sahabat usrah menemani. Cuma tak dapat peluk je. Virtual gituuu.

Dan juga blog-blog haraki yang saya selalu baca dan selongkar semangatnya. Muharikah, Mylittle Pencil, MuharrikDaie, Budak Tomato, Pena Cyrano.

Tapi hakikatnya, itu tidak sama. LANGSUNG tidak menyamai kita berhalaqah, berbulatan gembira secara live, bertentang mata dengan naqibah kita, berkongsi cerita, keluar spent masa bersama.

Tue lah saya berani kata: Orang yang SENGAJA Ponteng Usrah nie RUGI.

Jangan bila dah tercampak kat situasi macam saya baru lah desperate rindu zaman bujang2 dulu.

Masa peluang program DnT, Usrah, Daurah, Program, banyak terhampar di depan mata.

Memang lah terlalu padat dan sibuk dengan aturan program dan kesibukan dakwah itu anda berani kata ‘sakit’!

Tapi percayalah, diuji dengan masa lapang dan keterbatasan materi untuk menyumbang itu rasa LAGI ‘sakit’!

Serasa mahu terbang melalui tingkap terus meluru ke arah adek-adek remaja yang kehausan itu.

Nanges. Mata berhingus lagi. Eh. Hidung.

Duduk molek-molek fatin. Ambil ruang nie untuk muhasabah diri sebelum kembali semula ke Kuala Lumpur nanti..

Kerana sewaktu kau di Kuala Lumpur banyak yang sebenarnya kau terlepas pandang dan cuai akan hakikat perjuangan ini. Kau pandang sambil lewa, kerana kau ingat momentum tenaga yang kau kerahkan sudah cukup.

Padahal jika dihimpunkan perkataan C.U.K.U.P itu, sampai ke huruf C mungkin belum.

Semoga di rumah yang penuh tempias barokah hasil air tangan ayah bondamu itu akan mengajar kau akan erti ‘haus’ dan sentiasa ingin belajar dan mencari. Serta merenungi kembali apa yg sudah banyak kau tinggalkan dan tidak manfaatkan dulu.

Menangis. Rasa berat terasa bila terbaca kata-kata Hassan Al-Banna..

“Kita insafi anakku, dan terus buatkan diri kita terisi, agar kita bisa mengisi..”

Kerana yang tidak TERISI mana bisa MENGISI.

Pedih ulu hati.

:’)

Dakwah dan Tarbiyah bukan “untuk kita2 aje..”

Bila saya ingat balik, masa awal saya mengorat Encik Tarbiyah, iaitu pada tahun 2010.

Itupun mana istiqamah. Anggap DnT (Dakwah n Tarbiyah) ini hanyalah aktiviti yang bermanfaat dan menyehatkan golongan remaja kini untuk masa lapang. Aiseh..

Like seriously; Aktiviti masa Lapang.

Masih awal lagi saya di dalam arena DnT ini. Tidak seperti sahabat2 saya yang sedia lahir dari kalangan keluarga Musleh. Ya. Baru 4 tahun. Masih kena banyak cari ilmu dan nasihat2 dari ramai qudwah, dan pekatkan tarbiyah yang baru bertapak ini.

Semakin lama saya semakin belajar disekeliling saya. Dan Allah berikan saya ramai Qudwah yg baik untuk saya contohi.

Subhanallah, Izzah dengan ini. *Bukan Izzah anwar ya, walaupun sekarang musim PRU13

Allah beri saya faham sedikit demi sedikit apa yang sebenarnya perlu kita cari dari arena DnT ini, dan apa yang perlu kita beri.

Ini bukan aktiviti yang bila kita mahu buat kita buat. Bila tiada mood kita tinggal.

Bila mahu tarbiyah kita turun program. Tak pergi program tinggalkan tarbiyah. Heh.

Ini bukan sekadar main hentam semberono,

Perjuangan kita ini bersistem. Ada caranya, ada maratibnya. Ada prinsipnya.

Ini bidang utama kita. Sebelum bidang yang lain.

Nahnu Du’at Qabla Kulli Syaik! (Kami du’at sebelum pekerjaan lain)

Siang malam kita mahu DnT ini menjadi pakaian kita, menjadi pekerjaan utama kita, menjadi rutin mulia kita, menjadi segala-galanya yang boleh menjadi. Hoh.

Kalau boleh siang malam pagi petang kita hanya mahu berbicara soal DnT, melakukan DnT, DnT kerap kita sebut-sebut dan sebarkan semangatnya terhadap sahabat-sahabat kita.

Kita mahu mereka turut bersama kita.

Bangun DnT
Tidur DnT
Kuliah DnT
Borak DnT
Jalan2 DnT

Sampaikan mereka yang belum sedia untuk berfikrah menyangka kita ini sudah fanatik. Narcisma. Kemaruk DnT.

“Kita nie Muslim bukan DnT je bidang kita, ada banyak lagi benda lain yang kita nak sebarkan pada masyarakat, soal Qalb,penghayatan terhadap Allah, Ibadah, Fiqh, jadi muslim yg baik..yang penting teruskan berdakwah..”

*sebenarnya, apa yang disebut itu sebenarnya automatik semua masuk dalam lingkungan DnT. Cuma mungkin ada lagi mereka yang belum faham tentang tujuan fikrah global kita ini.Lantas menyangka dunia DnT ini hanya lah trend golongan2 tertentu..*

Sebenarnya statement sahabat kita di atas komfom saya x setuju. Apa kalian tidak tadabbur Quran dan perhatikan setiap surah?

Bila disebut Muslim yang berserah diri, pasti ada iringannya; mereka yang berjuang menegakkan Ma’ruf dan mencegah yang Munkar.

Berjuang untuk agama ini, berserah memperbaiki diri,berjemaah di dalam tali Allah yang teguh, saling menguatkan dan saling mulia dengan rasa kebersamaan.

Tidak cukup dengan menjadi Muslim yang baik seorang2. Ibadah seorang2. Berdakwah seorang2, seronok dengan keseorangan. Tiada Izzah dengan kebersamaan.

Expectation; Bila sudah dijemput Ilahi. Masuk Syurga. Cukup amal untuk aku. Fullstop.

Tapi kita lupa, hidup ini adalah memberi. Tidak cukup dengan kita baik sorang2.

DnT adalah bidang yang wajib dan terdahulu diperbuat oleh SEMUA umat Islam.

Ini ruang perniagaan dengan Allah tawarkan ganjarannya sebaik-baik ganjaran.

Dan jemaah itu pastinya suatu organisasi yang teratur sistemnya. Yang jelas pekerjaannya. Jelas kesatuannya.Jelas misi dan visi motif jemaah dan fikrahnya. Jelas usahanya;

Apa dia? Dakwah dan Tarbiyah.

Keduanya seiring. Mana boleh tinggal2 salah satu.

Jadi kita usaha dan usaha sehabis mungkin untuk terus berada di gerabak DnT ini. Kita mahu terus hidup dengan DnT, dan pengakhiran hidup kita pun DnT.

“…Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmat-Ku kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi agama untuk kamu…”(Al-Maidah 5: 3)

Cumanya.. Berbalik kepada soal Tajuk entry nie..

“Dakwah dan Tarbiyah.. Bukan “untuk kita2 aje..”

Maaf jika saya terus terang tentang hakikat ini. Dari awal saya melangkah ke dunia DnT dan saya melihat sehingga kehari ini. Maaf jika banyak khilafnya dari pandangan saya.Ini suara hati jujur seorang junior yang baru bertapak di dunia DnT nie;

“Kadang-kadang kita hanya berani membudayakan DnT itu hanya bersama kita-kita. Golongan yang bernama ikhwah dan akhowat..”

Tidak semua nya. Tapi segelintir. Jujur saya juga dulu pernah berbuat hal yang sama.

Sebagai contoh.

Situasi 1:

Hyuna adalah seorang aktivis dakwah, setiap minggu dia akan turun membanting tulang dan berkerja membantu pakcik makcik di dalam kelancaran program dakwah. Jarang sekali masa lapang dan hujung minggunya tidak terisi. And so on, and so on..

Tetapi balik sahaja Hyuna kerumah sewa. Rumah sewa itu hanya sebagai hotel. Tempat check in dan check out. Hanya tempat tidur dan bermalam.

Tiada dia berkongsi dan menyeru2 perihal tarbiyah sesama housematenya sepertimana dia berkongsi dengan sahabat2 aktivisnya. Tiada lagi semangat dan seruan yang selalu dia budayakan sewaktu dia bertugas sebagai fasi. Ingin membudayakan Liqa dan tazkirah di dalam rumah,jauh sekali. Bila bertemu housematenya yg mungkin tiada dalam DnT itu dia kembali berhibur. Sama-sama menonton K-Drama dan hanya mahu berborak tentangnya. Peratus jika berbicara tentang tarbiyah pun cuma 10%.

Begitu juga bila Hyuna balik kerumah keluarganya. Tiada dia pernah berani untuk berbicara soal agama dan berusaha mentarbiyah keluarganya serba serbi. Seruan dan semangat itu tenggelam serta merta. Pasif dan tidak kelihatan. Dia jadi janggal.

Akibatnya: Tarbiyah tinggal di tempat program ataupun dalam bulatan usrah je. Untuk kita- kita aje…

Situasi 2:

Bredpit seorang ikhwah yang sangat hayybatt ukhwah fillah bersama siblings usrahnya. Dia sangat2 sayang sahabat2 usrahnya. Ikhwah2 nya. Bila mereka bersama keluarlah aksi2 ‘bromance’ kerana Lillah. Sungguh dia sangat sayangkan mereka. Ingin ke Jannah berpimpin tangan bersama-sama.

Mereka sanggup makan sedulang,menyuapkan makanan ke mulut ikhwah mereka sebelum kemulut mereka sendiri, sanggup bergesel dagu dan pipi mereka yang kasar berjanggut dan berpeluh itu saat berpelukan dan bersalaman, mereka sanggup saling menguatkan bila jatuh. Sama2 ketawa dan menangis kerana Allah. Manisnya rasa ukhwah itu. Hanya insan yang bernama ikhwah sahaja tahu.

Tapi bila bredpit bertemu sahabat-sahabatnya yang dari sekolah rendah, sahabat futsal, jiran sebelah rumah, yang tiada di dalam gerabak DnT ini, dia jadi janggal, tiada lagi seruan agama secara halus dan motivasi indirect yang cuba diberikan sepertimana yang dia berikan terhadap ikhwah2 konferens riangnya.

“Aku kawan kau, aku berkawan dgn kau kerana Allah..aku mahu kita sama2 usaha untuk Allah ye geng. Kau kawan aku dunia akhirat.”

Mungkin ayat begini pun sangat susah diluahkan..Mungkin juga kerana takut di cop Gay. *Hoah!* Tp bila bersama ikhwah2nya ada ayat yang lebih asyik lebih berbaur romantis dituturkan dari ayat di atas.

Lantaran janggal dan diblok ego lelaki yang lejen itu. Ukhwah ciptaan Allah yg hebat yang patut dirasai seluruh ummat islam yg bersaudara itu hanya ditebarkan dan dirasai oleh ikhwah2 bulatan gembiranya. Hingga terlupa, mereka yang luar bulatan itu jua saudara, amanah.

Akibatnya: Ukhwah Fillah ini hanya dirasai didalam kelompok-kelompok kita. Ukhwah ini jadi versi kita sahaja, yang berusrah. Untuk kita-kita aje.

Situasi 3:

Selena adalah seorang akhowat yang menjawat jawatan di dalam persatuan dakwah di kampusnya. Selena sangat rajin dan comel ala Selena Gomez gituuu

Dia sangat berdedikasi, sangat punctual, sangat ringan membanting tulang. Di dalam sesebuah program besar di kampus dia lah tonggaknya. Yang mengurus kertas kerja dan segala-gala benda yang perlu diurus.heh.

Tetapi, bila dia tiada aturan program atau aktiviti, semangat dakwahnya tanpa sedar jatuh merundum.

Semangatnya hanya terhad kepada sesama ahli pimpinan persatuan sahaja. Atau bila mesyuarat ataupun bila ada diusulkan program baru.

Walhal selaku seorang penjawat jawatan gerakan tarbiyah yang diatas pelajar2 kampus yang lain, tiada sepatutnya sedikit pun masa dia tidak ‘membina manusia’. Tidak sepatutnya dia menghadkan strategi dakwahnya hanya di dalam program, mesyuarat.

Sepatutnya, dengan cara apa-pun, akhlak, senyuman, ajakan yang TIDAK JEMU dan berhenti,paling terdekat, diserukan sahabat-sahabat sekelasnya.

Kerana persatuannya itu hakikatnya hanya alat. Tujuannya untuk menarik hati2 manusia dengan menggunakan persatuan itu. Tujuannya Dakwah Ilallah.

Jika ada program pun yang datang cuma muka-muka yang sama. Muka mereka yang sudah sedia di dalam lingkungan selalu rajin ke program agama. Ini mungkin kerana Selena hanya bergaul dalam kelompok ahli2 persatuan dakwah itu. Sampai seluruh kampus tahu, mereka ini cuma jalan2 dengan geng2 mereka. Jarang sekali kelihatan bergaul dengan student yang lain. Apalagi yg bukan di dalam gerabak DnT. Dan agen2 gerakan yang menghebahkannya hanya dari kalangan mereka. Berpusing-pusing di kalangan mereka-mereka yang sama. Tidak tertebar ke merata tempat di kampus.

Kesian remaja kampus yang hanyut itu, belum lagi diberi TRUST mereka akan berminat atau tidak, sudah segan untuk selena dan sahabat-sahabat jemaahnya menyeru lagi dan lagi. Tanpa jemu. Amik contoh terdekat,rakan sebilik kuliah agak segan untuk diajak.

“Humm biarlah.. Dah promote kat papan kenyataan..tugas kita promote je and ajak je, kalau doang tak pergi nak buat macam mana. Takkan kita nak paksa?” Kata selena.

Dan balik rumah, ber rutin harian seperti biasa. Plain. Sama seperti remaja yang lain. Seperti dia belum lagi disuntik dengan semangat DnT. Sama sahaja mendatar karakternya, dari akhlak, semangat berfikrah, ibadah, dan lain2 yang perlu dimiliki seorang dai’e. Tiada menyerlah seruan tarbiyah itu kepada mereka sekelilingnya. Tunggu program nantilah, baru semangat itu akan berjalan.

Akibatnya; Semangat dakwah kampus dan nak menyebarkan bahagia ini mungkin tertempias pada golongan2 yang ada keinginan nak jadi baik je. Ertinya? Untuk kita- kita aje

*Ada hati-hati yang pedas terasa. Nanges*

“Felamaks Porenjes nie, tahu lah hang tu power rangers. Kuasa lawan monster tahap maksima..Pozing pusing2 tangan sikit bagi skill pun dah boleh jadi robot besaq”

“Umm.. Tidak. Aku juga ada keterbatasan diri. Aku khatam situasi nie, sebab aku dah pernah perhati. And mungkin aku dah pernah rasa..sobs”

“Tapi Porenjes, kita mahu mencari hati-hati, bukan sekadar jasadi. Kita mahu mencari AHLI BERKUALITI. Bukan sekadar ahli yg ramai..”

“Ya, aku akui katamu itu. Dakwah ini mencari hati-hati. Bukan hanya jasadi. Itu aku tahu. Tapi kenapa kita awal-awal lagi sudah menyukat TRUST kita terhadap mereka dan berhenti berusaha kerana bagi kita usaha kita ini mencukupi..apakah nikmat Dakwah dan Tarbiyah ini adalah hakmilik MUTLAK kita? Takkan kita taknak bagi saudara seislam kita yang lain pun rasa sekali?”

Kata Porenjes. Sedeyh. Hingus sudah mula meleleh. Matanya merah.

“Mahukah kita terus melabel mereka yang BELUM berada di gerabak DnT ini tidak berkualiti? Bukan ‘hati-hati’ yang padan di dalam gerakan ini, cuma ‘jasadi’? Persoalannya sudah kah mereka kita benar2 kenali? Sudahkah kita cungkil potensinya? Sudah??”

Kali ini hingusnya sudah meleleh laju. Tidak tertahan. Airmatanya juga meleleh bersama hingusnya. Bukan hingusnya sahaja meleleh syok sendiri. Humm.

“Kau sudah lupa akan Umar, dia juga bermula dari sejarah jahiliyah yang kelam..Tapi Rasulullah tetap TRUST Umar..dan jadilah Umar itu khalifah yang sangat hayybatt”

Kali ini mukanya sudah semakin teruk. Berhingus dan Lencun airmata. EmoShi. Burok bebeno gamaknya.

Kita ambil contoh yang mudah dan kita semua tahu ya, Rasulullah. Setiap gerakan, ucapan, makan, ibadah, semua lah. Semua.

SEMUA baur Dakwah dan Tarbiyah.

Dan hasil Dakwah dan Tarbiyah itu Islam melahirkan ramai manusia berkualiti. Antaranya..

As-Syahid Imam Hassan Al-Banna.

Dan murabbi kita ini kita patut contohi merujuk kepada artikel saya ini. Tahu apa katanya di dalam salah satu kitab karyanya?

Kitab Da’watuna Fi Taauri Jadid (Dakwah kami di Tahap baru..) ;

“Gerakan Fikrah kita ini TIDAK TERHAD kepada mana-mana kumpulan tertentu. Tetapi ia adalah CORAK SEJAGAT merangkumi seluruh umat..”

Dan kata-kata Hassan Al-Banna yang paling-paling menyentak seluruh jantung dan saraf saya..

“AKU INGIN MENYAMPAIKAN DAKWAH INI SEHINGGA KE JANIN DI DALAM PERUT IBUNYA!”

Subhanallah, jelas Imam Hassan Al-Banna ini sangat-sangat gigih usahanya untuk menyebarkan manisnya fikrah DnT ini kepada semua orang.

Islam Rahmat Seluruh Alam ini ingin dia tebarkan seluas-luasnya, ingin dia sebarkan manisnya jalan ini dicapai oleh semua hati-hati manusia.

Hatta hingga ke janin di dalam perut seorang ibu!

Kita lihat sahaja sejarah hidupnya. Dia tidak pernah berehat dari Dakwah dan Tarbiyah. Tidak pernah berhenti.

Imam Hassan Al-Banna itu adalah seorang guru, pemimpin jemaah Islam, murabbi, ayah dan seorang suami, Sibuk bukan? tetapi dia mampu untuk menggerakkan kedua kakinya itu ke 15 buah masjid pada hujung minggu. Antara tujuannya?

Muayyashah(bergaul) Dia tarik sebanyak-banyaknya hati manusia.

Belum masuk di setiap masa jua dia menyeru kepada Islam ini. Di kedai kopi, sewaktu mereka lepak berborak kosong sempat lagi Hassan Al-Banna berstrategi, mengajak berborak kebesaran Ilahi, akidah suci kita.

Belum masuk dimana dia terserempak dengan remaja-remaja dan para lelaki yang melepak di tepi jalanan. Sempat lagi dia singgah untuk muayyashah dengan mereka. Mendakwahi mereka.

Jadi kita juga harus usaha, usaha, usaha lagi dan lagi.

Luaskan ruang untuk menyentuh manusia itu seluas-luasnya.

Biarpun tiada yang akan menyahut seruan kita. Kita seru, seru, seru, lagi dan lagi!

Berkualiti atau tidak itu bukan urusan kita.

Kita hanya menyeru. Allah memberi hidayah, dan Allah jua yang menentukan dan memilih insan-insan mana yang akan menjadi pelapis dan penerus kepada gerakan ini.

Kita hanya menyeru..

InsyaAllah, sahabat-sahabat, saudara seislam, dan sesiapa sahaja, jika ingin merasa manisnya Islam itu. DnT dan fikrah ini adalah salah satu wadahnya.

Senyum dan mata berkaca, Hulur tangan;

“Ayuh saudara saudariku fillah! Ayuh bersama kami! Di dalam gerabak DnT!!”

Yang jujur dan tulus bebelannya; Porenjes Pink.